Friday, 11 August 2017

TEMUDUGA PEMBANTU PERAWAT KESIHATAN U11(SPA)

Assalamualaikum (wbt)

Sedikit kesibukan dunia telah membuat aku lupa untuk terus update blog yang tak seberapa ini.
Hari ini berkerja seperti biasa.Cuma kurang sibuk jadi aku punya masa untuk mengetuk keyboard

hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku sewaktu temuduga.So begini cerita dia.Sebelum ni memang aku pernah di panggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, beberapa kali.Tapi setelah sekian lama,dua minggu lepas aku telah mendapat satu pesanan ringkas SMS dari pihak SPA,untuk temuduga bagi jawatan Pembantu Perubatan u11.Waktu tu aku usai solat,aku terlalu happ,terus lipat sejadah dan telekung.Balik ke opis dan bukak laptop untuk sahkan.Alhamdulilah memang betul aku dapat temuduga itu.

Tarikh temuduga adalah pada 8 ogos,jam 10 pagi bertempat di Pusat temuduga SPA di jalan cenderasih.
aku kol suami dan bagitahu dia.Mulanya dia seakan keberatan.Setelah aku yakinkan dia,syukur dia pula makin excited.

Oleh kerana first time aku dapat interview di dalam kl,(sebelum ni kelantan dan putrajaya).Kami terus mencari lokasi temuduga tu.Bukan apa,kami taknak terlambat untuk hari temuduga nanti.Selain itu,aku ade buat research pasal tips untuk temuduga dan soalan-soalan yang insyallah bakal disoal sewaktu temuduga.Alhamdulilah sangat membantu aku!

Pada hari temuduga,aku memakai baju kurung lebih elok kalau korang pakai warna yang lembut.Tudung pula warna lebih kurang sama cuma gelap sikit bagi kontra sikit.Aku pakai plain tanpa corak cuma baju aku sedikit lace dan manik dibahagian tangan.Aku bertolak pada pukul 9 pagi sampai sana dalam 15 minit perjalanan.Suami tunggu dibawah dan hanya calon yang dibenarkan naik ke bilik pendaftaran.Di bilik pendaftaran aku melihat nama aku di dinding,di situ ade diletakkan nama dan bilik untuk temuduga.BILIK D Bilik yag bakal aku masuk sebentar lagi.Sebelum tu,waktu pendaftaran mereka akan mintak kau susun sijil mengikut susunan dan bawak sekali sijil ORIGINAL!Dan jujur aku katakan pada hari itu,ramai calon tidak membawa SURAT TAWARAN.
FIRST IMPRESSIONS adalah sangat penting,jangan lupa benda-benda yang penting.

Urusan pendaftaran tak sampai 5 minit sebab aku siapkan segala sijil.Copy dan original.Sesudah itu aku terus bergerak ke ruang menunggu untuk temuduga.Calon agak ramai(bukan untuk jawatan ppk sahaja)dua orang calon sebelum angka giliran aku dipanggil.Bagai menunggu untuk dijatuhkan hukuman.Resah gelisah,peluh dan panik.a.Aku berselawat banyak-banyak agar hilang debaran ni.

Bila tiba sahaja giliran aku.Aku bangun dan ketuk pintu.Buka sahaja pintu.Dua orang penemuduga,lelaki dan perempuan sekitar 30 an,mungkin.Aku terus bagi salam memandangkan kedua-duanya beraga islam.Aku dipelawa duduk(jangan duduk selagi tak dipelawa,ingat!)

maka sesi temuduga pun bermula:-

(soalan banyak ditanya oleh penemuduga lelaki, aku ringkaskan disini sebagai PL,PP DAN AKU)

PL:   okey Aiza,awak dah sedia?
AKU:insyallah,saya dah sedia.
PL:   Okey kita Mula sekarang.Boleh awak cerita serba sedikit pasal diri awak dalam masa 2 minit?
AKU:Okey terima kasih tuan,NAMA SAYA,UMUR,KERJA SEKARANG,BERAPA TAHUN BERKHIDMAT(cakap yang penting dan jangan melalut)
PL: Itu je?
AKU: Ya,itu je(aku memang blur)
PL: Sampai pukul berapa tadi
AKU: saya sampai pukul 9.15
PL: oh,lambat jugak awak sampai,tadi lama ke proses dekat pendaftaran 
 AKU: tak Tuan,saya patut interview pukul 10,saya yang sengaja datang awal sikit
(saja nak bagitau yang aku ni datang awal,bagus calon ni,hahaha)


PL: Awak dah kahwin?
AKU:Saya sudah berkhawin.
PL :Ada anak?
AKU:belum ada rezeki lagi Tuan.

PP:    Aiza,result awak power,kenapa awak pilih jawatan ini,tak cuba jawatan lain?awak tau jawatan ini untuk kelulusan PMR je kan.
AKU: (kembang hidung,power ke,addmath i fail Puan.huhu)Saya tahu Puan tapi saya memang minat jawatan jururawat ni.Sebelum ni saya ada dapat interview spa untuk jawatan jururawat pelatih u29,saya pergi tapi rezeki bukan untuk saya.Tapi saya tak putus asa,saya selalu update permohonan saya dan saya dapat temuduga untuk jawatan ini.

(pp anguk dengar penjelasan aku)

PL:Awak tahu ke jawatan ni sebenarnya apa tugas dia.PPK ni bukan tugas yang senang.Nampak je senang,tapi tak macam apa yang orang nampak tau?boleh cerita kat saya apa tugas ppk?
AKU:Saya tau Tuan.PPK ni tugasnya banyak dalam membantu kerja-kerja kejururawatan.Tapi selain itu(terangkan tugas dia,nasib aku ade buat search kat google)
PL:Awak tak takut darah?boleh basuh najis pesakit?jangan awak tengok darah awak pulak yang pitam.
AKU:Insyallah saya tak takut dengan darah(BLA..BLA..BLA....)
PL:Boleh kerja shift ke?kalau awak ditempatkan kat hospital ada shift kadang kerja malam tau?kalau kat klinik kesihatan atau klinik 1 malaysia pulak kena kerja weekend.
AKU:Saya berbesar hati kalau dapat normal shift,tapi seandainya kerja saya memerlukan saya untuk bekerja shift,saya terima.Berkenaan kerja pada weekend pula saya boleh kerana saya sudah biasa bekerja pada hujung minggu
PL:(bertanya soalan mengenai KKM,Saja tak nak bocorkan soalan..)
AKU: Alhamdulilah aku dapat jawab lancar,untung sangat sebab ape yang tulis kat notes tu yang itu yang dia tanya.

LAST


PL:Aiza,akhir sekali.Bagitahu saya kenapa saya patut ambik awak untuk jawatan ini
AKU:(bagitahu kenapa aku minat jawatan ini,sebab apa?bagitahu sikap-sikap positif aku yang bersesuaian dengan jawatan ini.Dan janji-janji aku untuk KKM jika aku berjaya.
 

tips dari aku

1)bacalah dan buat la note.TUGAS (jawatan yang dipohon)KEMENTERIAN KESIHATAN(menteri,naib menteri,visi,misi dan info-info lain)
2)search cara nak jawab soalan(sebab banyak soalan saiko korang)
3)datang awal
4)make sure sijil,resume dan surat tawaran semua korang sediakan dan siapkan lebih awal.

semua orang berharap untuk dapat kerja bila dah interview.Ramai yang takut.Takut apa?
takut tak dapat,sila buang benda yang negetif tu.Kalau tak cuba tak tahu kan?
 

 







 

No comments:

Post a Comment