Saturday, 10 June 2017

Kuah kacang kelantan simple style

Assalamualaikum

antara menu wajib pada hari raya adalah kuah kacang yang dimakan bersama nasi impit.
Memang cukup sedap,enak dan memikat.Ok untuk kali ni aku nak ajar resepi kuah kacang kelantan tapi memang simple style enak dan paling penting mudah dan cepat dimasak.
harap korang mampu sediakan kuah kacang yang enak tahun ni.

bahan-bahannya

1-bawang putih 4-5 ulas-disini aku lebih suka anggarkan sebab korang nak masak banyak mana so korang boleh bajetla sendiri banyak mana korang nak pakai
2-bawang merah 7-8 biji
3-halia 1-2 inchi
4-cili kering  segenggam(potong dan rebuskan dulu)
5-santan(aku pakai kotak yang besar tapi kalau ade masa beli kelapa parut tu pastu perah santan sendiri)
6-gula melaka(aku guna seketul sentengah dan aku tambah gula sikit)
7-kacang tanah yang digoreng tanpa minyak and dikisar

cara-cara dia mudah sangat,sambil masak banyk benda lain kau boleh buat gamaknya.Betul tak tipu.





ok segala bahan di atas korang blend,cili kering,bawang putih,merah dan halia.Korang blend sampai hancur.Sambil-sambil tu korang update fb.kehkeh!


hasil dari blend tapi kau masukkan dalam periuk legend korang dan bukak api,jangan lupa campakkan serai sebatang dua sebagai pembangkit selera.ceh ayat!
kau masak-masakkan kan dengan penuh manja.Kacau-kacau dia.


lalu kau masukkan santan yang freshhhhh dari dalam kotak tu..apa-apa brand je..janji santan.Masa tu kau kacau-kacau kan lagi.


masukkan gula melaka..yang ni aku potong-potong bagi kecik sikit,so dia cepat larut.Jangan letak semua weeeeyyy..bila rasa nak tambah baru tambah.

"biar manis senyuman jangan manis makanan"

dah akhirnya kau masukkan kacang tanah yang sudah dikisah halus mulus semulus kulit aku tu.


masuk sikit-sikit,kacau jangan bagikacang tu ketul-ketul.Lepas tu kacau la lagi sampai kuat pekat dan masukkan garam supaya ade sedikit manis-manis masin sedikit.

gambar yang dah siap dah takde sebab aku masak kan ni untuk majlis opis so dah semua pakat makan gmbar memang dilupakn..huhu

No comments:

Post a Comment