Tuesday, 16 May 2017

~THE GOSSIP GIRLS~

Assalamualaikum(wbt)

Aku langkah ke tempat kerja baru ni pada bulan september tahun 2016.Jadi aku dah bertugas sini sudah 8 bulan lebih.Aku belum sempat lagi update apa apa mengenai tempat baru yang mungkin hakikatnya dah tak sebaru yang disangka.Kahkah!
Agak lama jugak ambik masa untuk move on dari tempat lama dulu.Beza?terlalu banyak..
beza gaji,beza tugasan,beza dari banyak aspek.

Move on dari tempat lama yang dah kau berkhidmat hampir 6 tahun,terlalu banyak suka duka di tempat lama."tempat jatuh lagi dikenang,apatah lagi tempat mencari rezeki".
Dah cukup sebati dengan teman-teman disana.Ada yang dah di anggap ibarat kakak dan adik sendiri,tempat mengadu dan tempat bergosip(tu yang penting)tapi rezeki kat sana tak panjang.Atas sebab yang sehingga kini belum aku lupa..dan mungkin tak akan terlupa (*_*)

pernah jugak aku bekerja kat satu company ni.Sebagai kerani,tetapi suasananya tak sama,aku cuba bertahan.Tak mampu.Dan company sekarang ni yang aku mampu bekerja sehingga dah 8 bulan lebih alhamdulilah.Jujur aku katakan,company sekarang ni,buat aku rasa sama macam company dulu.Suasana "dulu" seakan sama dengan sekarang.Kawan kerja yang baik,tak sombong,suka bagi tunjuk ajar.Masalah bukan tak ada,ada je.Mana-mana tempat pun ada masalah yang akan timbul.Tapi bekerja disini keadaannya ceria.

tak lupa jugak,entry kalini..Adalah untuk ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran untuk rakan sekerja aku Leez yang ke 20++ hahaha..thanks untuk tunjuk ajar yang dah diberikan.Moga ada rezeki untuk jumpa lagi sebab kawan ni dah resign.Hujung bulan ni..(berapa aribulan entah)is her last day here.Ni partner in crime ni..hahahah


leez(tudung itam) me(is the pipi pau)

and to my another two best buddies..


pece,umi,leez,me,kak liza
gambar ni di ambik waktu annual dinner haritu..(*_*)maaf,tak sempat nak cover perut,sadisnya gambar di atas!


(*_*)

dear gossip girls...

apa pun terjadi moga persahabatan ni tak sampai disini jer.Moga terus kekal walaupun kini tinggal kak liza and aku je kat sini(umi dah resign,dia dapat better offer).Moga moment2 sebelum ni setiasa je jadi kenangan antara kita.Ape pun korang pilih,moga sentiasa sukses dan terus berusaha.Kita yang tentukan diri kita siapa..bukan orang lain.Best of luck!

No comments:

Post a Comment