Saturday, 20 May 2017

My First Panic Attack.

Assalamualaikum(wbt)

aku mungkin tak banyak sangat cerita kisah penyakit aku iaitu Anxiety disorder,tapi yang aku pasti sebenarnya ramai yang diluar sana mengalami apa yang aku alami tapi tak tau apa patut dioarang lakukan.Apa itu anxiety disorder,cara cegah,apa faktornya.Insyallah aku bersedia share dengan korang step by step.Dan cara aku control.

untuk pengetahuan korang,hakikatnya aku masih belum sembuh dari penyakit ni.Tapi aku jujurnya tak pernah merasa bosan untuk menceduk ilmu pasal anxiety disorder ni.Dalam aku membantu diri aku sendiri,aku berpeluang bantu orang lain.Mungkin..insyallah
aku ade beberapa buku mengenai anxiety dan beberapa buku pasal lifestyle,sekf enrichment.

Hari ini aku share pengalaman aku,mengenai first attack aku.Benda ni jadi sewaktu aku berusia 15 tahun,sewaktu aku berada di tingkatan tiga.Sebenarnya aku rasa perasaan macam ni(anxiety)dah ada lama dalam diri aku.Tapi waktu tu aku rasa yang mungkin semua orang pun hadapi masalah sama.So aku rasa yang perasaan macam ni semua orang akan alami.Aku ada baca dalam sebuah buku berkaitan anxiety,malah pandangan ni pon disokong oleh psikitri yang aku jumpa di prince court dahulu.Anxiety ni dicetuskan oleh beberapa sebab antaranya Genetik,trauma/phobia,dadah,hormon dan penyakit fikizal walau bagaimanapun penyebab utama anxiety masih belum dapat diketahui.

berbalik pada kisah aku,waktu tu tingkatan tiga.Bila penat balik sekolah,dengan extra class lagi since dah dekat pmr,memang penat.Balik rumah sampai dalam pukul 3 setengah petang Berbasikal sejauh3 km mungkin lebih.Sampai kat rumah kadang kadang tanpa mandi dan makan terus aku berehat sampai terlena.Keadaan itu berlarutan mungkin hampir sebulan rasanya.Bangun bila hampir waktu maghrib kadang terbabas selepas maghrib itupun sebab ma kejutkan.



keadaan itu lama kelamaan buat aku jadi takut,berdebar-debar,rasa murung sangat.Sebenarnya dalam agama islam sendiri ada larangan pasal tidur selepas asar ni.Tapi waktu tu aku sendiri pun jujurnya takda pengetahuan sangat pasal tu.Ditambah dengan penat.So aku berpesan pada semua,tak kisah anda seorang wanita ke lelaki ke..kalau ada anak-anak suka tidur petang tu(selepas asar)jangan galakkan sangat.Disebabkan tu sampai sekarang aku tak tidur petang,mungkin kalau aku penat sangat,mungkin aku tertidur,tu pun jarang sangatlah.Aku fobia.

ok,selepas kejadian tidur petang yang dah jadi habit aku tu,aku mula kurang bercakap,aku mula kurang bergaul,aku rasa aneh sangat.Depan kawan aku berlagak biasa dalam jantung ni berdegup,resah,gelisah.Perasaan takut mati yang terlalu kuat.Pernah sekali waktu matapelajaran pendidikan islam.Waktu tu ustaz aku bercerita mengenai hari kiamat.Entah kenapa satu badan aku rasa sejuk.Aku rasa semua bulu roma ni terpacak macam satu kejutan yang hingap ke kepala jatuh ke hati gituh.

Bila aku dirumah aku banyak fikir mengenai kematian,macam mana keadaan aku di alam sana,macam orang tua ku selepas pemergian aku.Macam mana keadaan raya tanpa aku?adakah semua akan merindui aku?tiba-tiba air mata aku mengalir,perasaan itu tersangat sebak sekali.Kadang kadang depan ma dan abah pun aku nangis.Ma tanya kenapa?aku cuma cakap aku takut,tapi aku tak pernah explain dekat ma apa yang aku rasa.Aku takut nak bagitahu apa yang aku rasakan dekat ma.Sebab??sebab aku takut andai ini betul betul petanda Allah yang aku bakal "pergi"

Kemuncaknya bila nenek saudara aku yang sakit datang kerumah nenek dan tinggal dengan nenek aku.Rumah aku hanya beberapa meter dar rumah nenek.Masih aku ingat haritu petang kemungkinan dalam pukul 6.Nenek sendara kau betul betul dalam keadaan lemah sangat.Mukanya pucat,kiteorang tunggu kenderaan nak hantar nenek sedara aku ke hospital.Suasana petang tu lain macam,burung hantu pula bertenggek didahan durian memerhati kejadian petang itu.

Malam tu,aku tidur dengan ma,abah pulak bekerja.Sejak aku alami perasaan aneh,perasaan kematian dan menakutkan tu,aku sering tidor dengan ma.Aku rasa takut dan cuma inginkan seseorang yang aku percaya dan aku selesa.Jam 3 pagi,telefon ma berbunyi.Kami dimaklumkan bahawa nenek sedara aku telah meninggal.Pagi itu ma dan abah dan awal-awal lagi pergi menziarah dan menolong apa yang patut.Pagi tu aku hanya terbaring lesu,aku sejujurnya tolak pelawaan ma untuk menziarah arwah atas sebab takut yang terlalu kuat.

Berbaring sambil memikirkan nasibku.Mungkinkah aku insan seterusnya dalam keluarga ni yang akan pergi.Otak aku ligat berfikir tanpa memberi sikitpun ruang untuk berehat.Tetiba saat itu aku teringat pada kata-kata kawanku mengenai tanda-tanda kematian.Satu persatu aku lihat pada diri aku.Tanda-tanda itu seolah semua ada pada aku.Perasaan di bawah sedar aku memberi arahan pada perasaan separa sedar bahawa aku ada tanda kematian tu.Tak semena-mena aku menangis dengan kuat,menjerit-jerit.

Aku tak mampu tidur dengan tenang,bercakap dengan sesiapa,tak mampu untuk tersenyum pun.Aku takut,bahkan takut untuk tidur.Takda semangat untuk terus hidup.Bayangkan,dengan umur 15 tahun.Aku diuji dengan ujian hebat,penyakit yang melumpuhkan semangat aku.Pembelajaran aku.Sekarang aku tak anggap penyakit ni beban!tapi ujian.

Pada suatu malam,selepas solat maghrib ma dengan abah tanya apa masalah aku.Aku tak cakap panjang,aku cuma cakap

"takut"

takut dengan apa,tanya ma.

aku diam,aku takut nak cakap bahawa aku takut dengan perasaan kematian ni.Lama juga.

takut dengan perasaan nak mati ke?soal abah yang memecahkan segala kecelaruan aku waktu tu.

aku angguk.

owhhhh...(ma pun senyum kat abah)

start dari situ abah cerita pengalaman dia "handle"masalah anxiety dia yang hampir 20 thn.Abah cakap itu cuma perasaan jer.Dia dah bersama anxiety lama,ma aku lah saksinya.Ma pernah cakap abah bangun mlam hari buat solat hajat dan tahjudd semua itu sebab hadapi masalah sama macam aku.Ketakuan yang melampau.Jujurnya aku agak beruntung sebab aku ada abah yang bagi support,berkongsi sakit yang sama.Dan aku beruntung sebab sekarang macam macam cara untuk aku belajar,dalam masa sama merawat penyakit ni.Aku bayangkan waktu abah dulu,sapa bagi support untuk dia?mungkin ma aku..tapi waktu tu dia takda lagi pengetahuan bab mengawal anxiety,dengan sapa dia nak bercerita.



jujurnya perasaan macam ni bukan dibuat-buat.Siapa yang mengalaminya cuma tau siksa 
dia.Aku pernah anggap penyakit ni membebankan.Dari sudut baiknya,penyakit ni lah yang buat aku lebih berhati-hati,buat aku belajar banyak benda baru.Tak perlu malu pun untuk akui kau ade penyakit macam ni.Aku pernah diejek ade mental illness.Panggilah ape saja asalkan kau bahagia,sebab dalam keadaan macam ni kita tau sapa yang ade mental illness yang sebenar benarnya.

insyallah dalam lain entry aku akan share banyak lagi maklumat pasal ni.

lots of love
as

No comments:

Post a Comment