Sunday, 21 May 2017

Anxiety Part 2

Assalamualaikum(wbt)

Seperti yang aku janjikan,aku akan terus share mengenai Anxiety Disorder & Panik Attack.
kiranya aku bukannya orang bertauliah untuk menulis sebarang bentuk penyelesaian bagi penyakit ini.Aku cuma berkongsi rasa ini.Berkongsi pengalaman ni.Sebab penyakit mental makin meningkat dari tahun ke tahun.Dari anxiety boleh berubah ke penyakit mental yang lebih teruk kalau tidak dirawat.

Alhamdulilah...penyakit ini bukanlah 100% sembuh,tapi sekarang aku lebih bijak mengawal.Kadang-kadang jer tebabas.Hahahah.Takpa,semua benda perlukan masa.Insyallah perlahan-lahan aku berusaha keluar dari satu bilik gelap ni.

Dalam entri lepas aku ade bercerita tentang panic attack pertama aku.Selepas 8 tahun.Ya,selepas 8 tahun benda tu datang balik pada aku.Dalam masa 8 tahun tu,perasaan anxious tu selalu je ade dalam pemikiran aku.Takut dengan itu,takut dengan ini.Tapi sepanjang 8 tahun aku tu aku tak pernah diserang "panic attack" which is menangis,mengeletar,menjerit ketakutan.

Pada umur aku 23 tahun,dan lebih kurang sebulan dengan tarikh wedding aku.Masa tu aku banyak masa dengan settlekan barang wedding aku macam hiasan untuk hantaran.Barang semua dah beli cuma benda-benda simple je macam hiasan hantaran,goodies bag.Aku keluar dengan suami yang masa tu tunang aku.kiteorang ke kedai makan untuk dinner sebab aku letih dan tak sempat masak(alasan..kehkeh)sebelum sampai ke kedai,aku sempat makan satay ayam dalam kereta.

Bila sampai je kedai makan,suami aku parking kereta.Tetib aku rasa lain macam,kepala aku macam agak berpusing dan aku rasa aku tak boleh bernafas dengan betul.Aku lupa cara bernafaskah?aku tak boleh menghembus nafas.Pucat muka aku waktu tu.Dalam otak aku?

"eh kenapa ni,adakah aku dah nak mati"
"ya allah,adakah masa aku dah sampai"
 lantas aku teringat kes-kes meninggal mengejut kerana kes sesak nafas.

suami aku waktu tu terus berlari ke kedai dan beli air.Aku masa tu struggling to get some air!dia terus bagi air,waktu aku teguk air,dan air tu keluar balik.Tak tertelan dek kerongkong aku.Suami terus start enjin kereta balik.Bawak aku ke klinik.

sampai di klinik,anehnya aku makin rasa comfort sikit.Doktor cek dan doktor cakap takde masalah.Paru-paru aku takde masalah,nafas aku pon tak tercungap-cungap.Doktor just bagi ubat gastrik.Aku terus balik.Malam tu,dekat rumah macam-macam jadi,aku terkejut,tak boleh tido malam.Seolah-olah aku menunggu masa untuk dicabut nyawa.Aku sedih.Aku nangis.Aku kol suami sebab aku tak boleh bernafas lagi.Waktu tu boleh lihat betapa besarnya pengorbanan suami yang terpaksa ulang alik jaga aku,bawa ke hospital.

Malam aku tak mampu tidor,siang aku mengantuk.Kerja seharian,busy,tekanan 200%!aku kurang bercakap,murung dan aku cuma nak cepat balik dari kerja.Aku banyak google,dan semuanya lebih buat aku takut.Hasil carian?jantung,kanser dan banyak lagi penyakit menakutkan yang menambahkan lagi takut yang sedia ade.

satu hari tu aku balik dari kerja,badan aku penat.Suami ambil aku dari tempat kerja,waktu naik moto aku rasa aku tak boleh bernafas.Kebetulan ade klinik berdekatan.Doktor terus buat ecg(elektrokardigram).Dan resultnya adalah abnormal.Yup,bacaan ecg aku adalah tidak normal.Aku macam dihempap batu.Aku tergamam.Doktor tu sempat tenangkan aku.Doctor tu membuat satu surat refference ke hopspital kl.Malam tu skitar pukul berapa,aku terus ke emergency Hkl.

Dua kali ECG di buat waktu di HKL dan resultnya sama.Doktor tahan aku untuk warded,aku diberi ubat cair darah dan macam-macam lagi.Dan doctor tu suspek ini adalah masalah jantung.Waktu tu,dunia ni terlalu tidak adil bagi aku.Harapan aku hancur,lebur.Angan-angan aku musnah.Waktu aku isi borang untuk warded,aku call ma aku.Dan aku menangis ketakutan.

Waktu stay dekat ward,malam tu banyak kali darah aku di ambik,lebam tangan aku.Bukan apa,sebab selalunya memang agak susah untuk ambik darah aku.Mana-mana klinik aku pergi sekalipun!Nurse kat wad tu alhamdulilah,sangat baik.Suami aku yang tunggu malam tu sebab family aku jauh di kelantan.Malam tu aku tak mampu tidur,pemikiran aku jauh sangat dari dunia nyata.Aku salahkan diri aku,aku salahkan semua orang.

alhamdulilah aku dapat balik on the next day sebab doctor cek darah semua,check up badan tiada tanda-tanda penyakit jantung.Aku baru boleh senyum sikit.Waktu tu kawan aku datang ambik aku..dia dan suami dia,aku terhutang budi sangat kat dia waktu tu.Siapa tahu,antara banyak-banyak kawan,dia yang datang bila tau je aku warded.

masalah tu tak habis disitu jer.Lepas aku balik dari hospital,aku terpaksa pergi sesi temujanji dekat kk berdekatan rumah.Follow up,ambik darah,ambik tekanan darah.Aku pantang nasi,waktu tu aku hanya minum susu jer.Semua suami yang buatkan waktu tu.Alhamdulilah.But still masalah sesak nafas,masalah tak boleh nafas,tak boleh tidur still lagi berterusan.

ma suggestkan aku balik kampung sementara waktu since masa tu wedding day dah dekat.Aku balik sana pon sama,Aku still hadapi masalah tak boleh tidur,sesak nafas,selalu sendawa,muncul simptom-simptom baru masa tu.Tulang rusuk aku sakit macam diperah-perah.Malam tu ma tak dapat tido lena,sebab keadaan aku macam tu.Ma urut aku,sapu minyak panas.Entah pukul berapa aku tertidu,dengan ma kat sebelah,Dengan keadaan abah yang tak lena tidur.

Masa tu aku rasa macam hilang arah,mujur..saat tu suami aku tak pernah menjauh sedikitpun.Walaupun dia terpaksa layan badmood aku,maki-hamun aku sebab aku cepat marah,aku paksa dia tinggalkan aku sebab aku sakit.Akhirnya suami aku terpacak dekat depan umah family aku.Drive dari kl ke kelantan sorang-sorang.Ma bawak aku gi berubat dekat satu tempat rumah tok imam,ramai jugak waktu tu,kami orang second last.
ustaz tu alhamdulilah okay,dia bagi aku air sembahyang hajat,beberapa lagi benda yang di suruh aku buat.Waktu tu dia cakap,takda apapun,ia cuma dalam diri kamu sendiri.

alhamsulilah kiteorang selamat dinikahkan.Jujurnya kalau korang tengok album kawen sebelah aku,gambar tak begitu cantik bukan sebab photographer tapi sebab tu aku takut,takut kene panic attack atas pelamin la.Takut majlis tak berjalan lancar dan waktu tu aku masih dalam keadaan anxiety yang teruk

jujurnya,selepas kahwin pun anxiety ni masih ada.Aku kerap tanya kenapa aku??kenapa aku yang kena hadap semua ni.Malam yang lena tak ada dalam hidup sejak ada anxiety ni.Yang ada sikap ragu,was-was,takut itu dan ini,fobia,trauma.Negetive thingking 98% dalam otak aku.Bila aku cuba pikir something posite,anxiety cepat-cepat kick benda tu..

Satu hari tu,keadaan aku sungguh serabut.Kerja aku banyak terjejas dan satu orang pun tak paham keadaan aku waktu tu.Macam mana kau nak kerja pukul 7 pagi sedangkan pukul 5 pagi baru kau terlena.My life was so miserable.Aku pergi ke satu klinik yang aku tak pernah pergi.Sebab cuma klinik tu bukak pada hari tu(public holiday).Located at danau kota je.Poliklinik zazali.I was lucky that day sebab Dr.zazali sendiri yang bertugas haritu.Aku bercerita sedikit-sedikit pasal masalah aku.Bukan semua!wow he definately can read my mind.Dia cakap waktu aku masuk je dia dah tau aku ade masalah kemurungan dan anxiety.
Banyak sangat info yang dia bagi kat aku.And i really thank him!sebelum ni aku langsung tak tau pasal anxiety untill he told me what is anxiety.All this time i thought it was jantung problem.


for few days je aku rasa semangat,but i went down agai and again.Hkl punya appt lama lagi,appt untuk test jantung aku.Aku mula rasa tekaan Dr.zazali tu salah.What if,aku betul-betul masalah jantung.Korang tau tak "what if" is the biggest problem here.Aku nekad untuk gi private hospital.Aku just tak fikir pasal duit.Aku sayang diri aku,aku nak jadi isteri yang baik,anak yang happykan orang tua.Aku nak keluar dari teka-teki ni.

Finally aku pergi ke KPJ TAWAKKAL(dekat jalan pahang)aku straight ke specialist diaorang atas bantuan nurse kat situ.Aku daftar kat nurse depan bilik specialist tu.A few minutes pakar jantung KPJ TAWAKKAL kat situ masuk DR.ZULKIFLI,aku dipanggil masuk.Dia tanya masalah aku.Aku cerita sama macam kebiasaan aku cerita kat doktor-doktor sebelum ni.Nah,jawapan dia sama macam Dr.Zazali.Tapi,kalau aku nak buat stress test,ecg dan beberapa procedure lain untuk memastikan masalah aku dia akan buatkan demi memuaskan hati aku.Aku setuju.

second visited aku ke hospital tersebut adalah untuk buat beberapa ujian yang doktor cakap tempoh hari.Macam-macam procedure jugak aku buat.Lama jugak,ultrasound kat jantung aku(echo).Alhamduliah,syukur.Lepas semua ujian tu dibuat doktor panggil aku.Tunjuk result aku,semua normal dan takda masalah.Happy aku time tu tak tergambar dengan kata-kata.Dia suggest aku untuk jumpe psikitri sebab dia sure apa aku alami ni adalah satu illness yang dipanggil anxiety disorder.

alhmdulilah,walaupun aku kehilangan kerja aku selepas beberapa bulan lepas perkhawinan aku.Its okay.Yup,after 6 years.Siapa sangka..aku diuji dengan ujian bertimpa-timpa.So far aku nekad nak bantu diri sendiri,rawat masalah aku ni.

oklah,next time aku akan share lebih banyak pasal anxiety

No comments:

Post a Comment