Sunday, 21 May 2017

Anxiety Part 2

Assalamualaikum(wbt)

Seperti yang aku janjikan,aku akan terus share mengenai Anxiety Disorder & Panik Attack.
kiranya aku bukannya orang bertauliah untuk menulis sebarang bentuk penyelesaian bagi penyakit ini.Aku cuma berkongsi rasa ini.Berkongsi pengalaman ni.Sebab penyakit mental makin meningkat dari tahun ke tahun.Dari anxiety boleh berubah ke penyakit mental yang lebih teruk kalau tidak dirawat.

Alhamdulilah...penyakit ini bukanlah 100% sembuh,tapi sekarang aku lebih bijak mengawal.Kadang-kadang jer tebabas.Hahahah.Takpa,semua benda perlukan masa.Insyallah perlahan-lahan aku berusaha keluar dari satu bilik gelap ni.

Dalam entri lepas aku ade bercerita tentang panic attack pertama aku.Selepas 8 tahun.Ya,selepas 8 tahun benda tu datang balik pada aku.Dalam masa 8 tahun tu,perasaan anxious tu selalu je ade dalam pemikiran aku.Takut dengan itu,takut dengan ini.Tapi sepanjang 8 tahun aku tu aku tak pernah diserang "panic attack" which is menangis,mengeletar,menjerit ketakutan.

Pada umur aku 23 tahun,dan lebih kurang sebulan dengan tarikh wedding aku.Masa tu aku banyak masa dengan settlekan barang wedding aku macam hiasan untuk hantaran.Barang semua dah beli cuma benda-benda simple je macam hiasan hantaran,goodies bag.Aku keluar dengan suami yang masa tu tunang aku.kiteorang ke kedai makan untuk dinner sebab aku letih dan tak sempat masak(alasan..kehkeh)sebelum sampai ke kedai,aku sempat makan satay ayam dalam kereta.

Bila sampai je kedai makan,suami aku parking kereta.Tetib aku rasa lain macam,kepala aku macam agak berpusing dan aku rasa aku tak boleh bernafas dengan betul.Aku lupa cara bernafaskah?aku tak boleh menghembus nafas.Pucat muka aku waktu tu.Dalam otak aku?

"eh kenapa ni,adakah aku dah nak mati"
"ya allah,adakah masa aku dah sampai"
 lantas aku teringat kes-kes meninggal mengejut kerana kes sesak nafas.

suami aku waktu tu terus berlari ke kedai dan beli air.Aku masa tu struggling to get some air!dia terus bagi air,waktu aku teguk air,dan air tu keluar balik.Tak tertelan dek kerongkong aku.Suami terus start enjin kereta balik.Bawak aku ke klinik.

sampai di klinik,anehnya aku makin rasa comfort sikit.Doktor cek dan doktor cakap takde masalah.Paru-paru aku takde masalah,nafas aku pon tak tercungap-cungap.Doktor just bagi ubat gastrik.Aku terus balik.Malam tu,dekat rumah macam-macam jadi,aku terkejut,tak boleh tido malam.Seolah-olah aku menunggu masa untuk dicabut nyawa.Aku sedih.Aku nangis.Aku kol suami sebab aku tak boleh bernafas lagi.Waktu tu boleh lihat betapa besarnya pengorbanan suami yang terpaksa ulang alik jaga aku,bawa ke hospital.

Malam aku tak mampu tidor,siang aku mengantuk.Kerja seharian,busy,tekanan 200%!aku kurang bercakap,murung dan aku cuma nak cepat balik dari kerja.Aku banyak google,dan semuanya lebih buat aku takut.Hasil carian?jantung,kanser dan banyak lagi penyakit menakutkan yang menambahkan lagi takut yang sedia ade.

satu hari tu aku balik dari kerja,badan aku penat.Suami ambil aku dari tempat kerja,waktu naik moto aku rasa aku tak boleh bernafas.Kebetulan ade klinik berdekatan.Doktor terus buat ecg(elektrokardigram).Dan resultnya adalah abnormal.Yup,bacaan ecg aku adalah tidak normal.Aku macam dihempap batu.Aku tergamam.Doktor tu sempat tenangkan aku.Doctor tu membuat satu surat refference ke hopspital kl.Malam tu skitar pukul berapa,aku terus ke emergency Hkl.

Dua kali ECG di buat waktu di HKL dan resultnya sama.Doktor tahan aku untuk warded,aku diberi ubat cair darah dan macam-macam lagi.Dan doctor tu suspek ini adalah masalah jantung.Waktu tu,dunia ni terlalu tidak adil bagi aku.Harapan aku hancur,lebur.Angan-angan aku musnah.Waktu aku isi borang untuk warded,aku call ma aku.Dan aku menangis ketakutan.

Waktu stay dekat ward,malam tu banyak kali darah aku di ambik,lebam tangan aku.Bukan apa,sebab selalunya memang agak susah untuk ambik darah aku.Mana-mana klinik aku pergi sekalipun!Nurse kat wad tu alhamdulilah,sangat baik.Suami aku yang tunggu malam tu sebab family aku jauh di kelantan.Malam tu aku tak mampu tidur,pemikiran aku jauh sangat dari dunia nyata.Aku salahkan diri aku,aku salahkan semua orang.

alhamdulilah aku dapat balik on the next day sebab doctor cek darah semua,check up badan tiada tanda-tanda penyakit jantung.Aku baru boleh senyum sikit.Waktu tu kawan aku datang ambik aku..dia dan suami dia,aku terhutang budi sangat kat dia waktu tu.Siapa tahu,antara banyak-banyak kawan,dia yang datang bila tau je aku warded.

masalah tu tak habis disitu jer.Lepas aku balik dari hospital,aku terpaksa pergi sesi temujanji dekat kk berdekatan rumah.Follow up,ambik darah,ambik tekanan darah.Aku pantang nasi,waktu tu aku hanya minum susu jer.Semua suami yang buatkan waktu tu.Alhamdulilah.But still masalah sesak nafas,masalah tak boleh nafas,tak boleh tidur still lagi berterusan.

ma suggestkan aku balik kampung sementara waktu since masa tu wedding day dah dekat.Aku balik sana pon sama,Aku still hadapi masalah tak boleh tidur,sesak nafas,selalu sendawa,muncul simptom-simptom baru masa tu.Tulang rusuk aku sakit macam diperah-perah.Malam tu ma tak dapat tido lena,sebab keadaan aku macam tu.Ma urut aku,sapu minyak panas.Entah pukul berapa aku tertidu,dengan ma kat sebelah,Dengan keadaan abah yang tak lena tidur.

Masa tu aku rasa macam hilang arah,mujur..saat tu suami aku tak pernah menjauh sedikitpun.Walaupun dia terpaksa layan badmood aku,maki-hamun aku sebab aku cepat marah,aku paksa dia tinggalkan aku sebab aku sakit.Akhirnya suami aku terpacak dekat depan umah family aku.Drive dari kl ke kelantan sorang-sorang.Ma bawak aku gi berubat dekat satu tempat rumah tok imam,ramai jugak waktu tu,kami orang second last.
ustaz tu alhamdulilah okay,dia bagi aku air sembahyang hajat,beberapa lagi benda yang di suruh aku buat.Waktu tu dia cakap,takda apapun,ia cuma dalam diri kamu sendiri.

alhamsulilah kiteorang selamat dinikahkan.Jujurnya kalau korang tengok album kawen sebelah aku,gambar tak begitu cantik bukan sebab photographer tapi sebab tu aku takut,takut kene panic attack atas pelamin la.Takut majlis tak berjalan lancar dan waktu tu aku masih dalam keadaan anxiety yang teruk

jujurnya,selepas kahwin pun anxiety ni masih ada.Aku kerap tanya kenapa aku??kenapa aku yang kena hadap semua ni.Malam yang lena tak ada dalam hidup sejak ada anxiety ni.Yang ada sikap ragu,was-was,takut itu dan ini,fobia,trauma.Negetive thingking 98% dalam otak aku.Bila aku cuba pikir something posite,anxiety cepat-cepat kick benda tu..

Satu hari tu,keadaan aku sungguh serabut.Kerja aku banyak terjejas dan satu orang pun tak paham keadaan aku waktu tu.Macam mana kau nak kerja pukul 7 pagi sedangkan pukul 5 pagi baru kau terlena.My life was so miserable.Aku pergi ke satu klinik yang aku tak pernah pergi.Sebab cuma klinik tu bukak pada hari tu(public holiday).Located at danau kota je.Poliklinik zazali.I was lucky that day sebab Dr.zazali sendiri yang bertugas haritu.Aku bercerita sedikit-sedikit pasal masalah aku.Bukan semua!wow he definately can read my mind.Dia cakap waktu aku masuk je dia dah tau aku ade masalah kemurungan dan anxiety.
Banyak sangat info yang dia bagi kat aku.And i really thank him!sebelum ni aku langsung tak tau pasal anxiety untill he told me what is anxiety.All this time i thought it was jantung problem.


for few days je aku rasa semangat,but i went down agai and again.Hkl punya appt lama lagi,appt untuk test jantung aku.Aku mula rasa tekaan Dr.zazali tu salah.What if,aku betul-betul masalah jantung.Korang tau tak "what if" is the biggest problem here.Aku nekad untuk gi private hospital.Aku just tak fikir pasal duit.Aku sayang diri aku,aku nak jadi isteri yang baik,anak yang happykan orang tua.Aku nak keluar dari teka-teki ni.

Finally aku pergi ke KPJ TAWAKKAL(dekat jalan pahang)aku straight ke specialist diaorang atas bantuan nurse kat situ.Aku daftar kat nurse depan bilik specialist tu.A few minutes pakar jantung KPJ TAWAKKAL kat situ masuk DR.ZULKIFLI,aku dipanggil masuk.Dia tanya masalah aku.Aku cerita sama macam kebiasaan aku cerita kat doktor-doktor sebelum ni.Nah,jawapan dia sama macam Dr.Zazali.Tapi,kalau aku nak buat stress test,ecg dan beberapa procedure lain untuk memastikan masalah aku dia akan buatkan demi memuaskan hati aku.Aku setuju.

second visited aku ke hospital tersebut adalah untuk buat beberapa ujian yang doktor cakap tempoh hari.Macam-macam procedure jugak aku buat.Lama jugak,ultrasound kat jantung aku(echo).Alhamduliah,syukur.Lepas semua ujian tu dibuat doktor panggil aku.Tunjuk result aku,semua normal dan takda masalah.Happy aku time tu tak tergambar dengan kata-kata.Dia suggest aku untuk jumpe psikitri sebab dia sure apa aku alami ni adalah satu illness yang dipanggil anxiety disorder.

alhmdulilah,walaupun aku kehilangan kerja aku selepas beberapa bulan lepas perkhawinan aku.Its okay.Yup,after 6 years.Siapa sangka..aku diuji dengan ujian bertimpa-timpa.So far aku nekad nak bantu diri sendiri,rawat masalah aku ni.

oklah,next time aku akan share lebih banyak pasal anxiety

Saturday, 20 May 2017

My First Panic Attack.

Assalamualaikum(wbt)

aku mungkin tak banyak sangat cerita kisah penyakit aku iaitu Anxiety disorder,tapi yang aku pasti sebenarnya ramai yang diluar sana mengalami apa yang aku alami tapi tak tau apa patut dioarang lakukan.Apa itu anxiety disorder,cara cegah,apa faktornya.Insyallah aku bersedia share dengan korang step by step.Dan cara aku control.

untuk pengetahuan korang,hakikatnya aku masih belum sembuh dari penyakit ni.Tapi aku jujurnya tak pernah merasa bosan untuk menceduk ilmu pasal anxiety disorder ni.Dalam aku membantu diri aku sendiri,aku berpeluang bantu orang lain.Mungkin..insyallah
aku ade beberapa buku mengenai anxiety dan beberapa buku pasal lifestyle,sekf enrichment.

Hari ini aku share pengalaman aku,mengenai first attack aku.Benda ni jadi sewaktu aku berusia 15 tahun,sewaktu aku berada di tingkatan tiga.Sebenarnya aku rasa perasaan macam ni(anxiety)dah ada lama dalam diri aku.Tapi waktu tu aku rasa yang mungkin semua orang pun hadapi masalah sama.So aku rasa yang perasaan macam ni semua orang akan alami.Aku ada baca dalam sebuah buku berkaitan anxiety,malah pandangan ni pon disokong oleh psikitri yang aku jumpa di prince court dahulu.Anxiety ni dicetuskan oleh beberapa sebab antaranya Genetik,trauma/phobia,dadah,hormon dan penyakit fikizal walau bagaimanapun penyebab utama anxiety masih belum dapat diketahui.

berbalik pada kisah aku,waktu tu tingkatan tiga.Bila penat balik sekolah,dengan extra class lagi since dah dekat pmr,memang penat.Balik rumah sampai dalam pukul 3 setengah petang Berbasikal sejauh3 km mungkin lebih.Sampai kat rumah kadang kadang tanpa mandi dan makan terus aku berehat sampai terlena.Keadaan itu berlarutan mungkin hampir sebulan rasanya.Bangun bila hampir waktu maghrib kadang terbabas selepas maghrib itupun sebab ma kejutkan.



keadaan itu lama kelamaan buat aku jadi takut,berdebar-debar,rasa murung sangat.Sebenarnya dalam agama islam sendiri ada larangan pasal tidur selepas asar ni.Tapi waktu tu aku sendiri pun jujurnya takda pengetahuan sangat pasal tu.Ditambah dengan penat.So aku berpesan pada semua,tak kisah anda seorang wanita ke lelaki ke..kalau ada anak-anak suka tidur petang tu(selepas asar)jangan galakkan sangat.Disebabkan tu sampai sekarang aku tak tidur petang,mungkin kalau aku penat sangat,mungkin aku tertidur,tu pun jarang sangatlah.Aku fobia.

ok,selepas kejadian tidur petang yang dah jadi habit aku tu,aku mula kurang bercakap,aku mula kurang bergaul,aku rasa aneh sangat.Depan kawan aku berlagak biasa dalam jantung ni berdegup,resah,gelisah.Perasaan takut mati yang terlalu kuat.Pernah sekali waktu matapelajaran pendidikan islam.Waktu tu ustaz aku bercerita mengenai hari kiamat.Entah kenapa satu badan aku rasa sejuk.Aku rasa semua bulu roma ni terpacak macam satu kejutan yang hingap ke kepala jatuh ke hati gituh.

Bila aku dirumah aku banyak fikir mengenai kematian,macam mana keadaan aku di alam sana,macam orang tua ku selepas pemergian aku.Macam mana keadaan raya tanpa aku?adakah semua akan merindui aku?tiba-tiba air mata aku mengalir,perasaan itu tersangat sebak sekali.Kadang kadang depan ma dan abah pun aku nangis.Ma tanya kenapa?aku cuma cakap aku takut,tapi aku tak pernah explain dekat ma apa yang aku rasa.Aku takut nak bagitahu apa yang aku rasakan dekat ma.Sebab??sebab aku takut andai ini betul betul petanda Allah yang aku bakal "pergi"

Kemuncaknya bila nenek saudara aku yang sakit datang kerumah nenek dan tinggal dengan nenek aku.Rumah aku hanya beberapa meter dar rumah nenek.Masih aku ingat haritu petang kemungkinan dalam pukul 6.Nenek sendara kau betul betul dalam keadaan lemah sangat.Mukanya pucat,kiteorang tunggu kenderaan nak hantar nenek sedara aku ke hospital.Suasana petang tu lain macam,burung hantu pula bertenggek didahan durian memerhati kejadian petang itu.

Malam tu,aku tidur dengan ma,abah pulak bekerja.Sejak aku alami perasaan aneh,perasaan kematian dan menakutkan tu,aku sering tidor dengan ma.Aku rasa takut dan cuma inginkan seseorang yang aku percaya dan aku selesa.Jam 3 pagi,telefon ma berbunyi.Kami dimaklumkan bahawa nenek sedara aku telah meninggal.Pagi itu ma dan abah dan awal-awal lagi pergi menziarah dan menolong apa yang patut.Pagi tu aku hanya terbaring lesu,aku sejujurnya tolak pelawaan ma untuk menziarah arwah atas sebab takut yang terlalu kuat.

Berbaring sambil memikirkan nasibku.Mungkinkah aku insan seterusnya dalam keluarga ni yang akan pergi.Otak aku ligat berfikir tanpa memberi sikitpun ruang untuk berehat.Tetiba saat itu aku teringat pada kata-kata kawanku mengenai tanda-tanda kematian.Satu persatu aku lihat pada diri aku.Tanda-tanda itu seolah semua ada pada aku.Perasaan di bawah sedar aku memberi arahan pada perasaan separa sedar bahawa aku ada tanda kematian tu.Tak semena-mena aku menangis dengan kuat,menjerit-jerit.

Aku tak mampu tidur dengan tenang,bercakap dengan sesiapa,tak mampu untuk tersenyum pun.Aku takut,bahkan takut untuk tidur.Takda semangat untuk terus hidup.Bayangkan,dengan umur 15 tahun.Aku diuji dengan ujian hebat,penyakit yang melumpuhkan semangat aku.Pembelajaran aku.Sekarang aku tak anggap penyakit ni beban!tapi ujian.

Pada suatu malam,selepas solat maghrib ma dengan abah tanya apa masalah aku.Aku tak cakap panjang,aku cuma cakap

"takut"

takut dengan apa,tanya ma.

aku diam,aku takut nak cakap bahawa aku takut dengan perasaan kematian ni.Lama juga.

takut dengan perasaan nak mati ke?soal abah yang memecahkan segala kecelaruan aku waktu tu.

aku angguk.

owhhhh...(ma pun senyum kat abah)

start dari situ abah cerita pengalaman dia "handle"masalah anxiety dia yang hampir 20 thn.Abah cakap itu cuma perasaan jer.Dia dah bersama anxiety lama,ma aku lah saksinya.Ma pernah cakap abah bangun mlam hari buat solat hajat dan tahjudd semua itu sebab hadapi masalah sama macam aku.Ketakuan yang melampau.Jujurnya aku agak beruntung sebab aku ada abah yang bagi support,berkongsi sakit yang sama.Dan aku beruntung sebab sekarang macam macam cara untuk aku belajar,dalam masa sama merawat penyakit ni.Aku bayangkan waktu abah dulu,sapa bagi support untuk dia?mungkin ma aku..tapi waktu tu dia takda lagi pengetahuan bab mengawal anxiety,dengan sapa dia nak bercerita.



jujurnya perasaan macam ni bukan dibuat-buat.Siapa yang mengalaminya cuma tau siksa 
dia.Aku pernah anggap penyakit ni membebankan.Dari sudut baiknya,penyakit ni lah yang buat aku lebih berhati-hati,buat aku belajar banyak benda baru.Tak perlu malu pun untuk akui kau ade penyakit macam ni.Aku pernah diejek ade mental illness.Panggilah ape saja asalkan kau bahagia,sebab dalam keadaan macam ni kita tau sapa yang ade mental illness yang sebenar benarnya.

insyallah dalam lain entry aku akan share banyak lagi maklumat pasal ni.

lots of love
as

Tuesday, 16 May 2017

~THE GOSSIP GIRLS~

Assalamualaikum(wbt)

Aku langkah ke tempat kerja baru ni pada bulan september tahun 2016.Jadi aku dah bertugas sini sudah 8 bulan lebih.Aku belum sempat lagi update apa apa mengenai tempat baru yang mungkin hakikatnya dah tak sebaru yang disangka.Kahkah!
Agak lama jugak ambik masa untuk move on dari tempat lama dulu.Beza?terlalu banyak..
beza gaji,beza tugasan,beza dari banyak aspek.

Move on dari tempat lama yang dah kau berkhidmat hampir 6 tahun,terlalu banyak suka duka di tempat lama."tempat jatuh lagi dikenang,apatah lagi tempat mencari rezeki".
Dah cukup sebati dengan teman-teman disana.Ada yang dah di anggap ibarat kakak dan adik sendiri,tempat mengadu dan tempat bergosip(tu yang penting)tapi rezeki kat sana tak panjang.Atas sebab yang sehingga kini belum aku lupa..dan mungkin tak akan terlupa (*_*)

pernah jugak aku bekerja kat satu company ni.Sebagai kerani,tetapi suasananya tak sama,aku cuba bertahan.Tak mampu.Dan company sekarang ni yang aku mampu bekerja sehingga dah 8 bulan lebih alhamdulilah.Jujur aku katakan,company sekarang ni,buat aku rasa sama macam company dulu.Suasana "dulu" seakan sama dengan sekarang.Kawan kerja yang baik,tak sombong,suka bagi tunjuk ajar.Masalah bukan tak ada,ada je.Mana-mana tempat pun ada masalah yang akan timbul.Tapi bekerja disini keadaannya ceria.

tak lupa jugak,entry kalini..Adalah untuk ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran untuk rakan sekerja aku Leez yang ke 20++ hahaha..thanks untuk tunjuk ajar yang dah diberikan.Moga ada rezeki untuk jumpa lagi sebab kawan ni dah resign.Hujung bulan ni..(berapa aribulan entah)is her last day here.Ni partner in crime ni..hahahah


leez(tudung itam) me(is the pipi pau)

and to my another two best buddies..


pece,umi,leez,me,kak liza
gambar ni di ambik waktu annual dinner haritu..(*_*)maaf,tak sempat nak cover perut,sadisnya gambar di atas!


(*_*)

dear gossip girls...

apa pun terjadi moga persahabatan ni tak sampai disini jer.Moga terus kekal walaupun kini tinggal kak liza and aku je kat sini(umi dah resign,dia dapat better offer).Moga moment2 sebelum ni setiasa je jadi kenangan antara kita.Ape pun korang pilih,moga sentiasa sukses dan terus berusaha.Kita yang tentukan diri kita siapa..bukan orang lain.Best of luck!

Sunday, 14 May 2017

SHORT VACAY TO MELAKA

Assalamualaikum(wbt)

curi curi masa untuk update,kalah menteri je gayanya..almaklumlah dekat PRU kan?eh...salah!dekat raya maksud hamba tadi.

GuyS,before this memang aku sempat belajar dekat Melaka satu semester!satu sem je..tadi dalam masa satu sem tu memang tak sempat lagi aku jelajah bandar raya bersejarah tu,kelakar kan??eh...tak eh.Ok.Aku memang teringin je nak cuti and berjalan kat sana. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal kata pepatah melayu bila husband aku ajak pi short vacay kat melaka sempena birthday aku..Tahun lepas aku holiday kat genting tapi memang kurang best sebab memang takde pape yang attractive!sorry genting,i have to be honest..uhukkkk!

eh terasa jakun pulak dapat bercuti kat melaka..wuhuuuu.But thanks to dear google sebab aku banyak info dari google and blogger-blogger yang banyak buat review pasal melaka.Dan aku memang spent masa tu dengan berfaedah sekali sesuai dengan pepatah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..gitewww!

kiteorang bertolak pagi tapi ke bangi dulu sebab aku kene settlekan few things yag dah lama delay.Dah settle terus gerak ke Melaka dari bangi.First destination aku adalah water theme park  yang berada dalam kawasan Afamosa resort.Waktu tu tiket dia dalam Rm 50++ including lunch.

TICKET:RM 50++(PLUS LUNCH)
LOCKER:RM 6(KECIK PUNYA-UNTUK SIMPAN BARANG)
DOUBELE TUBE:RM 15(+RM 15 UNTUK DEPOSIT)







Dekat water park aku tak banyak ambik gambar,laki bini sebuk duk mandi.huhuhu..macam tak pernah jumpa air pulak kekdahnya.

mandi punya mandi waktu dah petang,kteorang tukar baju and pergi lunch cepat cepat sebab lunch time end on 5pm ke 6 pm dah tapi diorang memang inform waktu korang beli tiket.So no worries.Biasanya bab penginapan aku selalu book online and lebih awal untuk dapat rate yang lebih rendah tapi since ni adalah short vacay yang so suddenly,unplanned!kiteorang menapakla dari satu hotel ke hotel lain and mostly semua hotel adalah fully booked.Sebab kteorang pergi waktu weekend and school holiday.

Aku gagahkan jugak tangan..ceh bunyinya macam dah nazak sangat tu.Aku pun ligat buat online booking,search punya search dapat la satu hotel yang bagi aku sangat selesa.Call hotel tu dan terus book on the spot!kalau tidak tak pasal aku tido kali lima..hahahah
berejam jugak aku cari hotel tu,benda tak pernah pergi.Tempat yang korang tak familiar gitulah jadinya.Cari punya cari nun belakang jonker walk

receiption(ihsan dari google sebab aku sampai malam ni siang)





view malam hari
so far hotel memang selesa dari bed sampai ke toilet aku puas hati.Sampai dalam pukul 9 malam.Check in,mandi and rehat jap terus keluar cari makan dan pusing jonker walk.Ikutkan memang penat tapi alang alang dah dah sampai melaka kan.Jalan sampai lebam


selipar tu yang mahal


dah puas ronda kiteorang balik bilik

the next day...

oh lupa,bilik kami include breakfast untuk dua orang.Dan makanan dia memang sedap.Sambal nasi lemak dorang memang terbaik!Memula aku ambik kuew tiaw goreng je sebab aku ni kalau bab makan nasi lemak sambal nak kena padu.Aku cuba husband punya nasi lemak sikit bila dah rasa aku terus gi ambik sendiri.Antara menu dorang ade nasi lemak,bubur,kuih muoh,kopi,teh,fresh juice and fresh milk and got some more food yang memang menyelerakan ibarat dirumah sendiri gituh








lepas breakfast semua tu.Kiteorang ke muzium kapal selam.

RM 5/PER

RM 3 UNTUK AUDIO SEKALI(SEWA)

after dah pusing and panjat panjat kapal tu kiteorang pergi naik river cruise.Ramai cakap waktu malam lagi seronok..well we got no time la..sobbb..






kiteorang ade pergi menara taming sari jugak..suami beriya nak naik tapi satu je kelemahan hamba.. saya takut tinggi bangggg.

dataran pahlawan pon sempat pergi tapi to end our short vacay tu kiteorang gi makan mee besen oriiiiiii.Ambi, giliran kau..ramai dia tu sampai bukak dua buah khemah depan kedai untuk tunggu giliran.Kteorng pergi sejam sebelum kedai beroperasi dan kiteorang dapat nombor 12.