There was an error in this gadget

Saturday, 25 February 2017

BAKAL PENGANTIN,SILA BACA NI

Assalamualaikum(wbt)

BAKAL PENGANTIN SILA TERUSKAN BACA..nah,kali ni aku buat entry ni memang khas untuk bakal pengantin,salah satu cara aku yang dah kawin ni,dapat membantu korang dari segi tips,nasihat dan jugak pemilihan..kenapa?ofkos korang nak wedding yang indah,sempurna dan riang ria raya..uhuuuu...

ya selain tu sebab aku sendiri menghadapi a few problem waktu majlis aku,wait!i dont thing a few kot macam banyakla masalah.Sampai aku nangis kot..so jangan sampai jadi kat korang,insyallah aku doakan sesiapa je yang bakal naik pelamin tu..semoga majlis kawen korang berjalan lancar ans licin macam lantai baru pas mop okeh?

1)BARANG HANTARAN.
-barang hantaran okey,bukan duit hantaran..barang hantaran ni actually aku beli one by one..aku bertunang bulan 12 tahun 2014,bulan 6 tahun hadapannya aku nikah..so masa tu ade lebih kurang 6 bulan masa untuk aku prepared betol-btol.Korang nak saving,barang hantaran beli awal and beli waktu sales,hantaran aku 7 berbalas 9..barang memang aku beli setiap bulan satu barang,so aku memang tunggu gaji je beli..gaji je beli..sebelum tunang lagi aku and suami start beli sikit-sikit.
-jam,kasut,baju n seluar,perfume,alquran&sejadah,set pencuci muka,set wallet&belt and lain-lain aku tambah dengan makanan macam kek,buah and coklat gitu je..

2)Hiasan untuk hantaran?
-ok kalau korang hantar kedai dia memang akan caj ikut apa yang korang nak tu,so kalau satu dia caj 30-40 ringgit satu hantaran,korang kali la ngan bape barang yang korang nak gubah tu..tapi kalau korang nak jimat buat gubahan sendiri..aku beli barang dekat semua house tapi sebelum aku pergi beli barang aku tulis dulu details,warna apa aku nak,hiasan ape aku nak,bentuk apa aku nak,nak letak bunga ape..semua aku detailskan so bila sampai sana aku tak nampak pelik and terpinga.Aku pandai mengubah ke tak?ofkos tak,tp youtube ade,google ade,just search...done!

3)KAD KAWEN
-hahaha cakap bab kad kawen ni memang aku masih ingat lagi,dah dekat 2 bulan lebih nak kawen camtu kot aku baru buat.Tu pon lepas kawan aku yang tanya,kad ko dah siap ke?aku cakap..eh,tak awal sangat ke nak buat kad?dia mengucap panjang bila aku cakap belom buat..on the spot lepas aku habis kerja aku pergi kat petama(kl)so oleh kerana undangan aku like 500 cmtu,so aku decided macam nak yang ok sikitla..tak nak yang biasa..


kad aku harga dia dalam singgit lebih,but aku harap korang jangan lah ikut aku..beli yang simple,murah..janji ade kad je..macam aku agak excited kan...kalau boleh undur,nak undur balik gi tukar kad kawen..hahah(banner&bunting&penunjuk arah semua dapat)



4)PELAMIN&KHEMAH
-PLEASE GUYSSS,..this one is important..kenapa?first,kalau korang nak cari butik pengantin,make some research,buat perbandingan,bertanya dengan orang sekeliling.Lately ramai sangat yang tertipu..burn macam tu jer,in my case..aku siap advance payment lagi..untuk cop tarikh kan..itu oklah normal.Aku tanye ade baju plus size tak since badan aku berisi,dorang cakap ada.On our first meeting,aku pilih dua baju,satu warna putih and baju tu macam cantik la..and bju kedua aku pikir nak baju yang different colour,yup ada but design was totally lame..sorry but its true.Aku request baju baru.aku request pattern macam baju putih tadi but colour hijau..dorang suruh bayar 500,so aku pon dah xde pilihan lain..since majlis dah dekat i got busy with my work..bla,bla,bla..!aku dah pilih pelamin,warna and khemah arabian untuk pelamin.Khemah makan aku tak sea situ terus sebab ma aku cakap one of our relative dah deal ngan orang khemah tempat dia.So its okaylah.Sehari sebelum  majlis,khemah makan tak sampai-sampai,ma kol orang yang kononnya deal ngan orang khemah tu,dia jawab bila ma tanya dia letak telefon..petang tu barulah dia datang,dengan kerusi takda sarungnya,ma tanya nape takda sarung..dia cakap aku punya majlis takde dalam list dorang pon..so kononnya orang yang nak tolong tu tak bagitau pon.Aku nak marah tapi ma cakaptak payah stress sebab esok dah nak majlis.Then dengan pelamin aku datang pasang pukul 3 pagi,warna tak sama dengan apa aku nak,decoration memang tak sama langsung..aku marah sangat tapi majlis cuma tinggal berapa jam.Lagi stress bila baju yang baru buat tu dengan besarnya,manik yang simple,nampak macam aku pregnant 6 bulan..sadisnya.

5)MAKANAN
-so far takda masalah,ma tukang masak..dia masak sendiri and banyak yang membantu

6)MEKAP
-mekap aku puas hati,Aku tak ambik ngan butik tu sebab aku suka dengan touch Mua yang aku hired ni.



7)DOORGIFT
-Aku beli semua house jgk,banyak choice and murah.

8)INAI
-RM 20(upah orang kat rumah buat




dugaan orang nak berkhawin ni memang macam-macam.So kene teruskan lah...nak bina masjid bukan senang..at the end rasa lega sah jadi hak dia dengan sekali lafaz






2 comments:

  1. Wah zwan dah kahwin..congrats yea..lama tak singgah sini.

    ReplyDelete