There was an error in this gadget

Saturday, 25 February 2017

BAKAL PENGANTIN,SILA BACA NI

Assalamualaikum(wbt)

BAKAL PENGANTIN SILA TERUSKAN BACA..nah,kali ni aku buat entry ni memang khas untuk bakal pengantin,salah satu cara aku yang dah kawin ni,dapat membantu korang dari segi tips,nasihat dan jugak pemilihan..kenapa?ofkos korang nak wedding yang indah,sempurna dan riang ria raya..uhuuuu...

ya selain tu sebab aku sendiri menghadapi a few problem waktu majlis aku,wait!i dont thing a few kot macam banyakla masalah.Sampai aku nangis kot..so jangan sampai jadi kat korang,insyallah aku doakan sesiapa je yang bakal naik pelamin tu..semoga majlis kawen korang berjalan lancar ans licin macam lantai baru pas mop okeh?

1)BARANG HANTARAN.
-barang hantaran okey,bukan duit hantaran..barang hantaran ni actually aku beli one by one..aku bertunang bulan 12 tahun 2014,bulan 6 tahun hadapannya aku nikah..so masa tu ade lebih kurang 6 bulan masa untuk aku prepared betol-btol.Korang nak saving,barang hantaran beli awal and beli waktu sales,hantaran aku 7 berbalas 9..barang memang aku beli setiap bulan satu barang,so aku memang tunggu gaji je beli..gaji je beli..sebelum tunang lagi aku and suami start beli sikit-sikit.
-jam,kasut,baju n seluar,perfume,alquran&sejadah,set pencuci muka,set wallet&belt and lain-lain aku tambah dengan makanan macam kek,buah and coklat gitu je..

2)Hiasan untuk hantaran?
-ok kalau korang hantar kedai dia memang akan caj ikut apa yang korang nak tu,so kalau satu dia caj 30-40 ringgit satu hantaran,korang kali la ngan bape barang yang korang nak gubah tu..tapi kalau korang nak jimat buat gubahan sendiri..aku beli barang dekat semua house tapi sebelum aku pergi beli barang aku tulis dulu details,warna apa aku nak,hiasan ape aku nak,bentuk apa aku nak,nak letak bunga ape..semua aku detailskan so bila sampai sana aku tak nampak pelik and terpinga.Aku pandai mengubah ke tak?ofkos tak,tp youtube ade,google ade,just search...done!

3)KAD KAWEN
-hahaha cakap bab kad kawen ni memang aku masih ingat lagi,dah dekat 2 bulan lebih nak kawen camtu kot aku baru buat.Tu pon lepas kawan aku yang tanya,kad ko dah siap ke?aku cakap..eh,tak awal sangat ke nak buat kad?dia mengucap panjang bila aku cakap belom buat..on the spot lepas aku habis kerja aku pergi kat petama(kl)so oleh kerana undangan aku like 500 cmtu,so aku decided macam nak yang ok sikitla..tak nak yang biasa..


kad aku harga dia dalam singgit lebih,but aku harap korang jangan lah ikut aku..beli yang simple,murah..janji ade kad je..macam aku agak excited kan...kalau boleh undur,nak undur balik gi tukar kad kawen..hahah(banner&bunting&penunjuk arah semua dapat)



4)PELAMIN&KHEMAH
-PLEASE GUYSSS,..this one is important..kenapa?first,kalau korang nak cari butik pengantin,make some research,buat perbandingan,bertanya dengan orang sekeliling.Lately ramai sangat yang tertipu..burn macam tu jer,in my case..aku siap advance payment lagi..untuk cop tarikh kan..itu oklah normal.Aku tanye ade baju plus size tak since badan aku berisi,dorang cakap ada.On our first meeting,aku pilih dua baju,satu warna putih and baju tu macam cantik la..and bju kedua aku pikir nak baju yang different colour,yup ada but design was totally lame..sorry but its true.Aku request baju baru.aku request pattern macam baju putih tadi but colour hijau..dorang suruh bayar 500,so aku pon dah xde pilihan lain..since majlis dah dekat i got busy with my work..bla,bla,bla..!aku dah pilih pelamin,warna and khemah arabian untuk pelamin.Khemah makan aku tak sea situ terus sebab ma aku cakap one of our relative dah deal ngan orang khemah tempat dia.So its okaylah.Sehari sebelum  majlis,khemah makan tak sampai-sampai,ma kol orang yang kononnya deal ngan orang khemah tu,dia jawab bila ma tanya dia letak telefon..petang tu barulah dia datang,dengan kerusi takda sarungnya,ma tanya nape takda sarung..dia cakap aku punya majlis takde dalam list dorang pon..so kononnya orang yang nak tolong tu tak bagitau pon.Aku nak marah tapi ma cakaptak payah stress sebab esok dah nak majlis.Then dengan pelamin aku datang pasang pukul 3 pagi,warna tak sama dengan apa aku nak,decoration memang tak sama langsung..aku marah sangat tapi majlis cuma tinggal berapa jam.Lagi stress bila baju yang baru buat tu dengan besarnya,manik yang simple,nampak macam aku pregnant 6 bulan..sadisnya.

5)MAKANAN
-so far takda masalah,ma tukang masak..dia masak sendiri and banyak yang membantu

6)MEKAP
-mekap aku puas hati,Aku tak ambik ngan butik tu sebab aku suka dengan touch Mua yang aku hired ni.



7)DOORGIFT
-Aku beli semua house jgk,banyak choice and murah.

8)INAI
-RM 20(upah orang kat rumah buat




dugaan orang nak berkhawin ni memang macam-macam.So kene teruskan lah...nak bina masjid bukan senang..at the end rasa lega sah jadi hak dia dengan sekali lafaz






Saturday, 11 February 2017

ALFATIHAH....KEHILANGAN ANGGOTA KELUARGA

Assalamualaikum(wbt)

Pada 6 febuari 2017,aku telah kehilangan seorang lagi ahli keluarga terdekat.Alfatihah buat Arwah bapa saudara terdekat aku,iaitu Zaki Bin Hussin..adik abah,anak ke 6 dari 7 beradik.
Tahun lepas aku ade buat satu entry mengenai sepupu aku yang telah pergi menghadap ilahi...bole baca kat sini


http://azzasuhana.blogspot.my/2015/05/al-fatihahizzat-muzakkir.html 

untuk pengetahuan korang,cousin aku yang meninggal pada tahun 2015 tu adalah anak sulong arwah bapa sudara aku yang baru meninggal ni..so kami agak terkejut dan masih dalam keadaan berduka dengan apa yang terjadi.Tapi apakan daya,ketentuan Allah (swt).Ibu saudara aku sedang diuji dengan ujian yang hebat.Kehilangan insan tersayang berturut-turut.

pada hari kematian arwah,aku datang kerja macam biasa,Sekarang aku bertugas di kl sentral. Ma aku ade kol bagitau bapa saudara aku sedang nazak.Sebelum ni aku sempat jenguk bapa saudara aku di hospital perdana kota bharu,waktu tu arwah masih lg boleh bergurau,ketawa macam biasa..Ya Allah betapa aku teringat kembali senyuman dia.setengah jam selepas ma kol,sepupu sebelah rumah kol aku dan bagitau aku waktu tu pakcik dah takde.Aku terdiam and terkejut,aku terus nangis.Aku kol husband and akak,inform dorang and after settle everything..ade sikit masalah tapi alhamdulilah Allah permudahkan urusan kteorang..kteorang terus gerak balik kelantan.

Arwah sangat dekat dihati aku,thats why aku agak sedih.Terasa arwah masih ada dan aku cuba tahan perasaan sedih aku bila segala memori arwah masih berlegar-legar dalam kotak fikiran aku.Arwah selalu jenguk abah aku,which is abang dia..dia la yang selalu datang jenguk abah sebab abah sakit kencing manis sampai berbulan tak boleh jalan..waktu aku kawen,arwah lah yang ada sebelah imam,kira duit hantaran..saksi akad nikah aku,ganti abah makan kat meja beradap sebab abah busy ngan tetamu.

pastinya raya nanti kelibat pakcik lah paling kami rindui...sebab pakcik selalunya ada...kata-kata nasihat pakcik tak pernah saya lupa sampai bila.


alfatihah.......








p/s:

for those who donts really dont understand what i've been through,please i begging stop being childish..ini bukan urusan suka suki.(you know who u are-if u read this)

Friday, 3 February 2017

pemarah si anxiety disorder

Assalamualaikum(wbt)

kekadang aku rasa hidup aku ni penuh dengan dugaan and kisah sedih and even aku rasa aku ni penuh dengan masaalah.Kawan-kawan AD aku cakap biasalah sebab aku ade anxiety,dorang pon sama..

aku rasa dendam and kisah yang tak sudah selalu melingkari aku sampai aku mula rasa bosan dengan keadaan.Kawan fb aku terdiri dari online seller,bussines punya orang and ade yang sengaja aku add bukan sebab aku beli produk dorg jer tapi sebab aku suka kata-kata positif dari dorg walaupon ade masalah....

aku bukan tak pernah cuba bersabar atau redha tapi dalam hidup aku,aku banyak kali sabar and redha sampaikan aku terlalu penat bersabar sehingga orang pijak aku..aku memang pendiam and tak banyak cakap..kalau aku ade masalah aku xsuka besarkan atau aku selalu ambik jalan diamkan diri sbb aku manusia yang xsuka serabut dengan masalah cukuplah dengan keadaan mental aku camni..

kerana sebab tu kot aku ni jenis emo sikit...eh emo banyak kot...aku xtau nak luah kemarahan aku..aku xtau la pesakit ad lain macam aku atau tak..tapi bila marah..aku jenis yang macam kat bawah...

pesakit ad ni,dia xsuka kecoh n marah pung pang pung pang..dia act cool hakikat dia:-)

1)aku akan tahan waktu aku marah,and bila balik rumah..aku masuk bilik and nangis macam budak-budak dengan linangan air mata dan air hingus yang macam air terjun..aku suka tulis isi hati aku waktu aku sedih!hakikatnya pesakit ad ni perlukan someone atau something yang dia boleh luahkan perasaan dia..and selalunya lepas nangis aku suka tido sebab aku penat.Bila aku bangun aku rasa better

2)sometimes bila aku sakit aty yang macam xterok sangat aku suka pleasure kan diri aku dengan makanan feveret aku,konon pujuk diri.

3)kalau tgh panas,sakit aty ade kalanya aku balik umah aku mandi and aku tido

4)kalau masalah aku besar,tapi jarang sekali jadi..aku akan salahkan diri aku atas semua benda yang pernah jadi kat aku..malah aku tarik semua orang dan bgtau aku ni tak guna!selalunya mangsa terdekat ialah suami aku!

5)shopping!yang ni paling jarang sebab aku bukan gaji 10 k sebulan okey...lagipun ad ni memang xsuka tempat sesak macam mall,tempat yang crowded..aku jadi macam pening and nak pitam..

and percayalah pesakit ad ni xsuka benda yang bising...sebab makin panik jadinya...


and sesetengah orang macam tak percaya anxiety disorder tu macam tu..even bila aku bagitau orang aku ade AD..orang tu tanya apa tu AD..sokay,tak kisah sebab sejak aku ade AD baru aku tau ade jugak penyakit camni..tapi paling tak boleh blah dia buat muka bingung and ckp yeke..(dengan muka weirdo)..hahaha..sokay,take your time!

nah,ade jugak member aku yang tau aku ada AD,tanya aku...

Weh,ko tak rimas ke?
rimas forrrr?
dia cakap..for panik,sesak nafas,rimas sebab takot,rimas la..

aku senyum!

Saturday, 21 January 2017

DAH BERISI?

Assalamualaikum(wbt)

alhamdullilah,bulan jun 2017 nanti tepatlah dua tahun aku menjalani hidup sebagai seorang isteri.Alhamdullilah sekali lagi kerana Allah(swt)mengurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang..

since aku dah nak masuk dua tahun berkhawin,dan belum lagi mempunyai cahaya mata,pasti sekali soalan-soalan mengenai "anak" akan dipersoal terutama bila berkumpul bersama sanak saudara..
soalan yang banyak diaju untuk aku setakat ini...

"dah mengandung ke? awal-awal dulu
"belum preg lagi ke? setengah taun kawen
"bila nak berisi ni? setahun kawen
"eh,belum mengandung lagi ke?ank jenab yang kawen skali ngan ko tu dah bersalin" sekarang

malah ade jugak yang berteka jawab sendiri sesama mereka

"bini dia problem tu,besar sangat badan dia"
"eh laki dia tu...xhebat kot"

Aku kadang kadang penat jugak melayan soalan orang,malahan aku tak suka sangat nak berkumpul dengan kaum kerabat sebab aku bencikan soalan yang sama..alhamdulilah ade juga dari mereka yang amat memahami keadaaan aku dan memberi sokongan penuh kerana mereka juga berhadapan masalah sama..dengan keadaan "penyakit" aku ni...which is anxiety,ada masa aku jadi serabut and mengamuk dengan soalan macam tu,Aku tak akan mengamuk depan orang cuma bila aku balik aku jadi moody and asyik ingt je ape kate-kate orang..

tak ade pasangan pun kat atas dunia ni yang berkhawin tanpa ade niat nak ade zuriat,sebab tu kahwin ni salah satu cara nak mengembangkan zuriat...kadang bila soalan macam ni diajukan,jawapan aku.

"belum ada rezeki lagi makcik,doakan saya"
"insyallah adalah tu rezeki saya lambat sikit kot"
"blum lagi la cik..

dan ade satu saaat tu aku cuma senyum dan geleng.
malah aku masih ingat ade satu kakak tu..in our neighbourhood..almost everyday dia akan tanya aku..bila aku balik kerja trserempak dia akan tanya soalan yang sama..aku bosan sgt..dia ingat buat semalam harini dah siap agaknya

paling best bila orang kawen awal dari kau dah pregnant,sampaikan mak bapak aku nak kne menjawab...

DEAR PAKCIK,MAKCIK OR KAKAK...

saya pon nak sangat kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup and tanda cinta  pada suami,setiap bulan saya beli pregnancy test even cuma lewat 2@3 hari period saya,saya berharap dan setiasa berdoa semoga Allah kurniakan saya zuriat walaupun lambat.Sebab saya percaya dan yakin...

thanks,
as