There was an error in this gadget

Saturday, 25 April 2015

Doakan Kesihatan aku..doakan hidup aku...

Assalamualaikum(wbt)/salam sejahtera...


syukur masih dipanjangkan usia untuk menempuh liku hidup dibumi Allah...


tiada ungkapan atau kata yang mampu aku luahkan buat masa ni..semuanya cukup gelap..

ya Allah..beratnya ujian kali ini...


seminggu selepas majlis perkhawinan kakak aku,aku telah dikejutkan dengan berita kematian nenek kesayangan ku..yang berada di narathiwat thailand..al-fatihah buat nenek,moga Allah(swt)menempatkan nenek dikalangan mereka beriman...


seminggu selepas kematian nenek...sewaktu dalam perjalanan ke tempat makan..waktu tu dalam kereta,dengan tunangku..aku mengalami sesak nafas..serta berdebar-debar..aku panik..aku segera meminta tunangku membawa aku ke klinik,paling hampir..setibanya kat klinik tu(area batu caves),tak sampai10 minit..nombor aku dah di panggil...


doktor:Ya,sakit ape?

aku:menerangkan segala kejadian yang berlaku..dari a smpi z

doktor :mula cek nadi,jantung dan tekanan darah...diam kejap,kemudian..saya rasa awk ok,takde masalah..jantung semua ok..nadi ok..darah agak tinggi..mungkin sebab terkejut,u ada asma?

aku:takde

doktor:ok..i cuma bagi gas..dos paling low untuk u...


selepas kejadian tu...aku mule bimbang takot kejadian berlaku lagi..lemah seluruh tubuhku..


kejadian kedua bila aku menaiki motosikal dengan tunangku,selesai kami menempah kad kawen di petama..menyusuri area setapak..sekali lagi aku terasa berdebar-debar,nafas terlalu banyak..sehingga aku tidak dapat kontrol..kebetulan ada satu klinik area setapak..kami terus berhenti...


dekat klinik tu..doktor terus melakukan ecg..15 minit kemudian..aku berjumpa balik dgn doktor tu..mukanya agak serius..dia menulis surat..dia minta aku refer ke HKL kerana terdapat detak abnormal pada bacaan ecg..dia sempat meminta aku bertenang...kerana kemungkinan besar aku kekurangan pottasium


malam tu juga..usai aku mandi..kami terus ke HKL,


lama juga aku tunggu...setelah nombor aku di panggil..doktor sekali lagi membuat ecg..dan bacaan sama seperti td..aku terus dimasukkan ke ward...sepanjang aku berada di ward..seribu persoalan bermain kat minda aku..aku menangis..sebab bayangkan sesuatu yang teruk bakal terjadi sepanjang kat hospital..xpelu aku bgtau ape terjadi..pengalaman paling takkan aku lupakan..


kesesokan hari..4/4/15..aku telah dibenarkan keluar wad..tp dengan tarikh appt yang bertimbun-timbun...stress test dan macam-macam lagi...


sekarang berat aku turun...5kg..aku cube sedaya upaya untuk putus asa..tp bila aku terdengar sahaja berita kematian aku mula sedih..menangis,gelisah,macam-macam..sejuk tanpa sebab..rase stress melampau..tak dapat tidur..even worse terasa tidak berharga..nak bunuh diri(nauzibillah)mak abah la selalu kol bagi pendorong..sebab selagi tak jalani semua appt..aku tak dapat tahu ape punca aku mengalami kejadian seperti ini..


ujian ini datang disaat aku hampir mendirikan rumah tangga..kekadang aku bertanya sempatkah aku membina masjid..bersama insan tercinta..dan aku selalu merasa sedih..tp tunang xpernah pon jauh disaat aku memerlukan dia..dia tahan segala amarah aku dan tangis aku..syukur!cuma aku tak dapat bahagiakan dia..



bukan aku tidak dapat menerima ketentuan Allah..cuma aku terlalu terkejut..dengan keadaan ini..terlalu terkejut!sehingga aku tidak dapat menerima ujian ini..terlalu berat bagi aku...


kehidupan aku kini terlalu berbeza,tiada lagi aku yang dulu....izinkan aku menjadi hambamu yang solehah..


cuma doakan kalian yg aku harapkan..

No comments:

Post a Comment