Saturday, 27 December 2014

DOAKAN PANTAI TIMUR

Assalamualaikum(wbt)

setelah sekian lama mendiamkan diri..cuba mencari sedikit waktu untuk menghasilkan sebuah entry yang bermakna buat semua,kita sudah sedia maklum yang pantai timur sedang dilanda banjir yang teruk..sebagai rakyat pantai timur,dan masih mempunyai ahli keluarga yang menetap disana..diri sendiri juga tidak terkecuali dari merasa sedih dan bimbang...

last aku hubungi family aku pada 27/12/2014(sabtu/5pm)lepas tu dah tak dapat...bukan sebab takda line tp sebab handphone takda bateri,bekalan eletrik dah 4 hari diputuskan..langkah tu diambil demi keselamatan semua penduduk di situ...

Dekat fb dah macam2 gambar diupload..semalam sewaktu chat dengan seorang kawan(izana),kawan zaman sekolah..rumah pon dekat jer..dia hantar gambar2 kawasan bunut susu..dah mencecah paras pinggan.. malah si suami yang berada di ciku 3 pula tak dapat dihubungi...last dia menghubungi si suami..sehari yang lepas..itu pon ade kat atas bukit..dah 5 hari...

lagi sedih bila sewenang2nya insan yang tak bertanggungjawab..post macam2 terhadap mangsa banjir..tak perlu ditunjukkan di sini mungkin,dah viral di fb...

mereka(merujuk kepada mangsa banjir)bukan tidak sabar mahupun mengeluh, tapi mereka lebih kepada bimbang,risau,takut dan macam lagi..cubalah fahami keadaan mangsa...kalau kita sendiri tak da ditempat mereka..macam mana kita nak tau ape dorang rasa?macam mana rasanya hilang tempat berteduh,hilang harta benda,malah hilang keluarga..dalam keadaan sedih hilang semua tu..tidur pula kat bukit berlantaikan tanah..berbumbungkan langit...bertemankan nyamuk..macam mana pula dengan keadaan bayi yang menyusu,kanank-kanak yang tak mengerti dan tak memahami ape yg tengah terjadi..kekurangan makanan..dengan letih dan sebagainya..tidakkah kau mengerti wahai "si polan"

keadaan hospital yang yang kelam kabut...semua keperluan terhad...letrik takda..makanan xcukup?adakah kau boleh bertenang kalau di situasi yang sama?ini melibatkan nyawa..kalau tak tau apa maknanya nyawa atau kehidupan..mohon buka kamus dewan ataupon google jer

tidakkah kau punyai ibu,ayah,adik abang dan saudara mara...macam mane agaknya kalau mereka dalam keadaan yang sama??senangkah keadaan kau..boleh kah kau bertenang?

adekah kau senang dan relax bila adik kau sendiri msj dan bagitau dia takut,tak dapat memejamkan mata...adakah kau bisa lelap?adakah kau rase hebat di saat tidak dapat membantu...

mereka tak pernah menafikan ape yang diberi kerajaan,malah berterima kasih dengan ape yang diberikan..

aku bukan beremosi tapi mencurahkan isi hati..bukan membenci tp menasihati..bukan mengajak untuk berdebat tp meminta sekelumit belas kasihan..di saat orang sedang berduka..bertarung nyawa..ade juga insan menghina dan mencerca..

untuk yang dah banyak membantu,memberi info,menyumbang keperluan,hanya Allah saja yang mampu membalas jasa..dan yang dah bertarung nyawa utk menyelamatkan..

pinjmankan 5 minit tuk berdoa...pemikiran negetif tolak ketepi..

tq