There was an error in this gadget

Saturday, 25 February 2017

BAKAL PENGANTIN,SILA BACA NI

Assalamualaikum(wbt)

BAKAL PENGANTIN SILA TERUSKAN BACA..nah,kali ni aku buat entry ni memang khas untuk bakal pengantin,salah satu cara aku yang dah kawin ni,dapat membantu korang dari segi tips,nasihat dan jugak pemilihan..kenapa?ofkos korang nak wedding yang indah,sempurna dan riang ria raya..uhuuuu...

ya selain tu sebab aku sendiri menghadapi a few problem waktu majlis aku,wait!i dont thing a few kot macam banyakla masalah.Sampai aku nangis kot..so jangan sampai jadi kat korang,insyallah aku doakan sesiapa je yang bakal naik pelamin tu..semoga majlis kawen korang berjalan lancar ans licin macam lantai baru pas mop okeh?

1)BARANG HANTARAN.
-barang hantaran okey,bukan duit hantaran..barang hantaran ni actually aku beli one by one..aku bertunang bulan 12 tahun 2014,bulan 6 tahun hadapannya aku nikah..so masa tu ade lebih kurang 6 bulan masa untuk aku prepared betol-btol.Korang nak saving,barang hantaran beli awal and beli waktu sales,hantaran aku 7 berbalas 9..barang memang aku beli setiap bulan satu barang,so aku memang tunggu gaji je beli..gaji je beli..sebelum tunang lagi aku and suami start beli sikit-sikit.
-jam,kasut,baju n seluar,perfume,alquran&sejadah,set pencuci muka,set wallet&belt and lain-lain aku tambah dengan makanan macam kek,buah and coklat gitu je..

2)Hiasan untuk hantaran?
-ok kalau korang hantar kedai dia memang akan caj ikut apa yang korang nak tu,so kalau satu dia caj 30-40 ringgit satu hantaran,korang kali la ngan bape barang yang korang nak gubah tu..tapi kalau korang nak jimat buat gubahan sendiri..aku beli barang dekat semua house tapi sebelum aku pergi beli barang aku tulis dulu details,warna apa aku nak,hiasan ape aku nak,bentuk apa aku nak,nak letak bunga ape..semua aku detailskan so bila sampai sana aku tak nampak pelik and terpinga.Aku pandai mengubah ke tak?ofkos tak,tp youtube ade,google ade,just search...done!

3)KAD KAWEN
-hahaha cakap bab kad kawen ni memang aku masih ingat lagi,dah dekat 2 bulan lebih nak kawen camtu kot aku baru buat.Tu pon lepas kawan aku yang tanya,kad ko dah siap ke?aku cakap..eh,tak awal sangat ke nak buat kad?dia mengucap panjang bila aku cakap belom buat..on the spot lepas aku habis kerja aku pergi kat petama(kl)so oleh kerana undangan aku like 500 cmtu,so aku decided macam nak yang ok sikitla..tak nak yang biasa..


kad aku harga dia dalam singgit lebih,but aku harap korang jangan lah ikut aku..beli yang simple,murah..janji ade kad je..macam aku agak excited kan...kalau boleh undur,nak undur balik gi tukar kad kawen..hahah(banner&bunting&penunjuk arah semua dapat)



4)PELAMIN&KHEMAH
-PLEASE GUYSSS,..this one is important..kenapa?first,kalau korang nak cari butik pengantin,make some research,buat perbandingan,bertanya dengan orang sekeliling.Lately ramai sangat yang tertipu..burn macam tu jer,in my case..aku siap advance payment lagi..untuk cop tarikh kan..itu oklah normal.Aku tanye ade baju plus size tak since badan aku berisi,dorang cakap ada.On our first meeting,aku pilih dua baju,satu warna putih and baju tu macam cantik la..and bju kedua aku pikir nak baju yang different colour,yup ada but design was totally lame..sorry but its true.Aku request baju baru.aku request pattern macam baju putih tadi but colour hijau..dorang suruh bayar 500,so aku pon dah xde pilihan lain..since majlis dah dekat i got busy with my work..bla,bla,bla..!aku dah pilih pelamin,warna and khemah arabian untuk pelamin.Khemah makan aku tak sea situ terus sebab ma aku cakap one of our relative dah deal ngan orang khemah tempat dia.So its okaylah.Sehari sebelum  majlis,khemah makan tak sampai-sampai,ma kol orang yang kononnya deal ngan orang khemah tu,dia jawab bila ma tanya dia letak telefon..petang tu barulah dia datang,dengan kerusi takda sarungnya,ma tanya nape takda sarung..dia cakap aku punya majlis takde dalam list dorang pon..so kononnya orang yang nak tolong tu tak bagitau pon.Aku nak marah tapi ma cakaptak payah stress sebab esok dah nak majlis.Then dengan pelamin aku datang pasang pukul 3 pagi,warna tak sama dengan apa aku nak,decoration memang tak sama langsung..aku marah sangat tapi majlis cuma tinggal berapa jam.Lagi stress bila baju yang baru buat tu dengan besarnya,manik yang simple,nampak macam aku pregnant 6 bulan..sadisnya.

5)MAKANAN
-so far takda masalah,ma tukang masak..dia masak sendiri and banyak yang membantu

6)MEKAP
-mekap aku puas hati,Aku tak ambik ngan butik tu sebab aku suka dengan touch Mua yang aku hired ni.



7)DOORGIFT
-Aku beli semua house jgk,banyak choice and murah.

8)INAI
-RM 20(upah orang kat rumah buat




dugaan orang nak berkhawin ni memang macam-macam.So kene teruskan lah...nak bina masjid bukan senang..at the end rasa lega sah jadi hak dia dengan sekali lafaz






Saturday, 11 February 2017

ALFATIHAH....KEHILANGAN ANGGOTA KELUARGA

Assalamualaikum(wbt)

Pada 6 febuari 2017,aku telah kehilangan seorang lagi ahli keluarga terdekat.Alfatihah buat Arwah bapa saudara terdekat aku,iaitu Zaki Bin Hussin..adik abah,anak ke 6 dari 7 beradik.
Tahun lepas aku ade buat satu entry mengenai sepupu aku yang telah pergi menghadap ilahi...bole baca kat sini


http://azzasuhana.blogspot.my/2015/05/al-fatihahizzat-muzakkir.html 

untuk pengetahuan korang,cousin aku yang meninggal pada tahun 2015 tu adalah anak sulong arwah bapa sudara aku yang baru meninggal ni..so kami agak terkejut dan masih dalam keadaan berduka dengan apa yang terjadi.Tapi apakan daya,ketentuan Allah (swt).Ibu saudara aku sedang diuji dengan ujian yang hebat.Kehilangan insan tersayang berturut-turut.

pada hari kematian arwah,aku datang kerja macam biasa,Sekarang aku bertugas di kl sentral. Ma aku ade kol bagitau bapa saudara aku sedang nazak.Sebelum ni aku sempat jenguk bapa saudara aku di hospital perdana kota bharu,waktu tu arwah masih lg boleh bergurau,ketawa macam biasa..Ya Allah betapa aku teringat kembali senyuman dia.setengah jam selepas ma kol,sepupu sebelah rumah kol aku dan bagitau aku waktu tu pakcik dah takde.Aku terdiam and terkejut,aku terus nangis.Aku kol husband and akak,inform dorang and after settle everything..ade sikit masalah tapi alhamdulilah Allah permudahkan urusan kteorang..kteorang terus gerak balik kelantan.

Arwah sangat dekat dihati aku,thats why aku agak sedih.Terasa arwah masih ada dan aku cuba tahan perasaan sedih aku bila segala memori arwah masih berlegar-legar dalam kotak fikiran aku.Arwah selalu jenguk abah aku,which is abang dia..dia la yang selalu datang jenguk abah sebab abah sakit kencing manis sampai berbulan tak boleh jalan..waktu aku kawen,arwah lah yang ada sebelah imam,kira duit hantaran..saksi akad nikah aku,ganti abah makan kat meja beradap sebab abah busy ngan tetamu.

pastinya raya nanti kelibat pakcik lah paling kami rindui...sebab pakcik selalunya ada...kata-kata nasihat pakcik tak pernah saya lupa sampai bila.


alfatihah.......








p/s:

for those who donts really dont understand what i've been through,please i begging stop being childish..ini bukan urusan suka suki.(you know who u are-if u read this)

Friday, 3 February 2017

pemarah si anxiety disorder

Assalamualaikum(wbt)

kekadang aku rasa hidup aku ni penuh dengan dugaan and kisah sedih and even aku rasa aku ni penuh dengan masaalah.Kawan-kawan AD aku cakap biasalah sebab aku ade anxiety,dorang pon sama..

aku rasa dendam and kisah yang tak sudah selalu melingkari aku sampai aku mula rasa bosan dengan keadaan.Kawan fb aku terdiri dari online seller,bussines punya orang and ade yang sengaja aku add bukan sebab aku beli produk dorg jer tapi sebab aku suka kata-kata positif dari dorg walaupon ade masalah....

aku bukan tak pernah cuba bersabar atau redha tapi dalam hidup aku,aku banyak kali sabar and redha sampaikan aku terlalu penat bersabar sehingga orang pijak aku..aku memang pendiam and tak banyak cakap..kalau aku ade masalah aku xsuka besarkan atau aku selalu ambik jalan diamkan diri sbb aku manusia yang xsuka serabut dengan masalah cukuplah dengan keadaan mental aku camni..

kerana sebab tu kot aku ni jenis emo sikit...eh emo banyak kot...aku xtau nak luah kemarahan aku..aku xtau la pesakit ad lain macam aku atau tak..tapi bila marah..aku jenis yang macam kat bawah...

pesakit ad ni,dia xsuka kecoh n marah pung pang pung pang..dia act cool hakikat dia:-)

1)aku akan tahan waktu aku marah,and bila balik rumah..aku masuk bilik and nangis macam budak-budak dengan linangan air mata dan air hingus yang macam air terjun..aku suka tulis isi hati aku waktu aku sedih!hakikatnya pesakit ad ni perlukan someone atau something yang dia boleh luahkan perasaan dia..and selalunya lepas nangis aku suka tido sebab aku penat.Bila aku bangun aku rasa better

2)sometimes bila aku sakit aty yang macam xterok sangat aku suka pleasure kan diri aku dengan makanan feveret aku,konon pujuk diri.

3)kalau tgh panas,sakit aty ade kalanya aku balik umah aku mandi and aku tido

4)kalau masalah aku besar,tapi jarang sekali jadi..aku akan salahkan diri aku atas semua benda yang pernah jadi kat aku..malah aku tarik semua orang dan bgtau aku ni tak guna!selalunya mangsa terdekat ialah suami aku!

5)shopping!yang ni paling jarang sebab aku bukan gaji 10 k sebulan okey...lagipun ad ni memang xsuka tempat sesak macam mall,tempat yang crowded..aku jadi macam pening and nak pitam..

and percayalah pesakit ad ni xsuka benda yang bising...sebab makin panik jadinya...


and sesetengah orang macam tak percaya anxiety disorder tu macam tu..even bila aku bagitau orang aku ade AD..orang tu tanya apa tu AD..sokay,tak kisah sebab sejak aku ade AD baru aku tau ade jugak penyakit camni..tapi paling tak boleh blah dia buat muka bingung and ckp yeke..(dengan muka weirdo)..hahaha..sokay,take your time!

nah,ade jugak member aku yang tau aku ada AD,tanya aku...

Weh,ko tak rimas ke?
rimas forrrr?
dia cakap..for panik,sesak nafas,rimas sebab takot,rimas la..

aku senyum!

Saturday, 21 January 2017

DAH BERISI?

Assalamualaikum(wbt)

alhamdullilah,bulan jun 2017 nanti tepatlah dua tahun aku menjalani hidup sebagai seorang isteri.Alhamdullilah sekali lagi kerana Allah(swt)mengurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang..

since aku dah nak masuk dua tahun berkhawin,dan belum lagi mempunyai cahaya mata,pasti sekali soalan-soalan mengenai "anak" akan dipersoal terutama bila berkumpul bersama sanak saudara..
soalan yang banyak diaju untuk aku setakat ini...

"dah mengandung ke? awal-awal dulu
"belum preg lagi ke? setengah taun kawen
"bila nak berisi ni? setahun kawen
"eh,belum mengandung lagi ke?ank jenab yang kawen skali ngan ko tu dah bersalin" sekarang

malah ade jugak yang berteka jawab sendiri sesama mereka

"bini dia problem tu,besar sangat badan dia"
"eh laki dia tu...xhebat kot"

Aku kadang kadang penat jugak melayan soalan orang,malahan aku tak suka sangat nak berkumpul dengan kaum kerabat sebab aku bencikan soalan yang sama..alhamdulilah ade juga dari mereka yang amat memahami keadaaan aku dan memberi sokongan penuh kerana mereka juga berhadapan masalah sama..dengan keadaan "penyakit" aku ni...which is anxiety,ada masa aku jadi serabut and mengamuk dengan soalan macam tu,Aku tak akan mengamuk depan orang cuma bila aku balik aku jadi moody and asyik ingt je ape kate-kate orang..

tak ade pasangan pun kat atas dunia ni yang berkhawin tanpa ade niat nak ade zuriat,sebab tu kahwin ni salah satu cara nak mengembangkan zuriat...kadang bila soalan macam ni diajukan,jawapan aku.

"belum ada rezeki lagi makcik,doakan saya"
"insyallah adalah tu rezeki saya lambat sikit kot"
"blum lagi la cik..

dan ade satu saaat tu aku cuma senyum dan geleng.
malah aku masih ingat ade satu kakak tu..in our neighbourhood..almost everyday dia akan tanya aku..bila aku balik kerja trserempak dia akan tanya soalan yang sama..aku bosan sgt..dia ingat buat semalam harini dah siap agaknya

paling best bila orang kawen awal dari kau dah pregnant,sampaikan mak bapak aku nak kne menjawab...

DEAR PAKCIK,MAKCIK OR KAKAK...

saya pon nak sangat kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup and tanda cinta  pada suami,setiap bulan saya beli pregnancy test even cuma lewat 2@3 hari period saya,saya berharap dan setiasa berdoa semoga Allah kurniakan saya zuriat walaupun lambat.Sebab saya percaya dan yakin...

thanks,
as

Sunday, 25 December 2016

HARAPAN

Assalamualaikum(wbt)

Menulis bukan satu hobi aku tapi menulis menjadi luahan rasa yang aku zahirkan dari hati.
sebab itu,aku bukan selalu menulis..menulis dengan idea akan jadi satu karya dan menulis dengan paksa cuma satu kerja..yang hasilnya mungkin menyenangkan hati orang lain tapi tak memuaskan hati kita..

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi untuk kita tempuhi tahun yang baru,hari ini tepat 26.12.2016 yang juga ulangtahun kelahiran kakak aku..happy birthday to her...anyway aku ade suprise untuk dia.Aku bagi dia jambangan coklat..anyway dia bukan peminat coklat sebenarnya tapi perempuan mana tak suke suprise..


HARAPAN...

hari ni aku bukan nak cakap pasal kakak aku punya birthday pon...tapi more pada satu perkataan iaitu Harapan..dasar kepercayaan terhadap sesuatu keinginan..

aku?aku cuma berharap penyakit aku sembuh,harapan aku agar aku dikurnia cahaya mata..dan smoga Allah terus menjaga hati aku dan merahmati perkhawinan aku.

sebab kita percaya pada ALLAH,MAKA KITA PERCAYA ADENYA HARAPAN..



Saturday, 10 September 2016

Bangkit!

Assalamualaikum...

Berapa lama agaknya Aku tak update blog..sedar tak sedar masa terlalu macam tu jer..Demi masa sesungguhnya manusia kerugiaan..!ayat tu seakan menerjah Kotak fikiran aku bila mana Aku flashback balik kehidupan aku be berapa bulan lepas...

Aku terasa ibarat kembali bernyawa..bernyawa dlm erti kata sebenar..Sebagai seorang manusia juga muslimah..rasanya macam tak ingin Aku ingt kembali..Aku menulis agar aku tak lupa apa yg terjadi..lagipun..blog ni di stalk!

Aku cuma manusia biasa yang punya had Marah..Aku manusia yang tak lari Dari masalah..sbb aku hanya insan Dan manusia yang sedang bertarung dengan ujian Allah..Dan adakalanya emosi aku teruji..Bila Kita tgh Marah..Kita tak expect kata kata kasar Dari seseorang..kata kata kasar Dan tajam ibarat minyak tanah..kalau dicurah Kat api...ia bukan memadamkan tapi memarakkan lg api..

Aku menghidap anxiety disorder Dan panic attack..yang mungkin aku dah ceritakn sebelumnya..betol kata mereka..org luar takkan memahami penghidap ad..bg org luar mungkin pikir ia disengajakan..hakikatnya ad adalah penyakitkan yang diiktiraf oleh WHO

Simptomnya..??ibarat menunggu ajal..dan aku tak main2..Waktu aku harapkan sedikit pemahaman
..sedikit belas...bukan herdikan 😢
Mertua pula tgh nazak..terasa macam kosong..tido pon tak cukup..

5 bulan aku rasa hilang kehidupan..rasanya macam aku hilang segalanya..Bagi orang biasa..kecewa dia mungkin kejap jer..tapi bukan aku!aku seakan tak boleh terima kenyataan..aku bnci segalanya..aku rasa kosong..jiwa aku kering..bangun pagi aku menangis..Petang aku meratap..kau taukah?

Suami sendiri aku abaikan..tugas aku menjaga makan minum dia sudah berubah..dia pula menjaga aku bagaikan aku anak Kecik..makan disuap..air mata disapu..dia marahkan aku kerana terlalu mudah aku menyerah kalah..untuk apa aku Bangkit??aku dah tiada apa2..manusia itu dah rampas segalanya!

Aku berkerja disebuah ofis kecil berdekatan tempat Kerja lamaku ...mulanya semua elok..seterusnya aku Masuk tandas dan nangis semahunya..aku rindu pada Kerja Lama..teman lama!aku rindu..Tuhan yang tau!teman semuanya menyepi..Dan aku hnyala sendiri..

Aku Cuba mendekati insan2 positive..dengan harapan aku juga menjadi lebih positive..mulanya sukar!Dan tiap Hari aku menulis kata kata semangat buat aku sendiri..ku simpan didalam botol bersama nama nama insan yang sudah menghancurkan masa depan aku..maaf..aku terlalu jauh berdendam..dengan ketidakadilan..dengan kata2 hinaan..mana mungkin aku bisa melupakan!

Dan Hari Ini..aku Masih berdiri dengan sisa yang mereka berikan..dengan hinaan yang dia tinggalkan..malah mesej itu masih berlegar2 diotak..tak merancang  tuk aku padam..5 bulan aku rasa kosong..menangis..hidup dalan Dunia yang aku rekakan..terima Kasih untuk segalanya..dengan segala semangat suami dan kakak yang Banyak membantu..aku sedar aku tersasar terlalu jauh..

Puan..berbahagiala dengan apa puan lakukan...Hari ni saya..esok org lain..mungkin giliran puan bukan disini..

Thursday, 21 July 2016

mee kari sedap!resepi

Assalamualaikum(wbt)

Tetamu baru sahaja balik..harini cerita dia hakak masak mee kari..untuk kawan2 dr opis lama hakak..so hakak pepagi buta pikir nak masak apa..yang simple dan sedap..
Sejak hakak jd anak didik chef wan ni..semua bnde hakak ase nk makan..akak masak sendiri..adik2 perempuan ti..belajar masak awal2 senang nak tackel hati mak mertua...akak dlu pon xpandai masak jgk..setakat rebus air..curah dalam cup maggi segera tu akak tau la..tp bila dah jd bini org..semua benda akak trai masak..nak2 dok bkawan ngan mak2 org..tiap ari dok post makanan sedap..meleleh dik..
So xnak ckp bnyak..senang sgt resepi ni..sambil basuh baju pon boleh masak..


Bahan blend


Bawang merah 5-6 biji
Bawang putih 4 biji
Bawang besar(separuh-bg pekat kuah kata mak akak)
Cili kering

Bahan potong

Bawang merah 3 biji
Bawang putih 2 biji

Bahan mentah

Serbuk kari-5 sudu(gaul ngan air jadi pes)
 Kayu manis,bunga lawang
Ayam potong kecik..rebus dan simoan stok dia
Kerang rebus
Santan 4 cawan
Fish ball
Ubi kentang
Tahu pok(akak panggil tahu span)
Fish cake
Garam,gula,perasa,gula melaka
Asam keping

Bahan hiasan

Kacang panjang(potong n celur)
Taugeh(celur)
Cili besar(potong)
Limau kasturi
Bawang goreng
Mee celur

Cara penyediaan

1)masukkan bahan potong,bawang putih n merah serta bunga lawang n kayu manis..dah perang,masuk bahan blend..dah nampak pecah minyak..masuk kari pes td..kacau lg..bagi kering..tujuannya bg pes kari n bahan2 td masak dengan sempurna..
2)dah nampak masak elok..masuk ayam n kerang rebus..gaul2..dah nampak ayam n kerang berkawan baik masukkan santan dengan berhemah..kacau dengan lemah lembut..untung2 makcik tepi umah nampak..terus dtg pinang ko untuk anak dia..
3)masuk stok ayam..kalau rase stok ayam ko sikit..kari ko pekat..ko letak air..letak asam keping..akak letak gula melaka..garam..n perasa..kalo umah ko xde gula melaka..gula pon jd jugaakkk!dah rase sedap..ckup semua..ko letakla ubi kentang..ko biarla jap..bg masak..dah ase kentang empok sume..ko campak tahu pok ngan fish ball..dorang lambat pon xpe!
3)ambik mangkuk..letak mee..kacang panjang,taugeh.
Masukkan kuah karinya,baru letak cili besar,bawang goreng,perah limau..hadapla korang



Wednesday, 13 July 2016

resepi Quaker oat sedap!

Assalamualaikum semua..

Susah  betul nak diet..betul tak?bila aje nak start diet disogok pulak dengan makanan yg sedap Dan kolestrol tinggi..KFC la ..MCD la..pizza la! Sungguh diri ini tak kuad menghadapi dugaan..planning nk diet tu bermula Dr beberapa  tahun yang lepas..tp biasala bila jmpe makanan sedap lepas esok,esok...Dan akhirnya 2016!

Oleh sebab sy pon menghadapi masalah gastrik melampau smpi warded..mmg asyik lapar and rase pedih perut,sebu dan macam2 lagi lah...doc pon Ade syorkan makan makanan yg sihat..ambik sayur,Buah kurangkan oily food!bersantan Dan seangkatan dengannya!
Kalau mkn oat lagi bagus..

So sy gigih la pergi cari oat!quaker oat yg plastik merah tu..yg original punya..tapi when it comes about oat ni.. Satu jer masalah dia kat sini..rasa dia!entahla ramai mana org kat mesia ni  boleh mkn oat mcm makan feveret food dia...mcm mkn KFC..mungkin! Hadapi masalah yg sama kan?nah!ni mass dia sy bertukar jadi anak didik chef wan...

Terus ke resepi OK!!

Bahan2

Quaker oat(4 sudu)
Susu Segar(me use hl kotak hijo)
Ape2 Buah yg korang Ade DLM peti ais(me use kurma,anggur and banana)

Masukkan 4 sudu oat td dlm periuk/kuali jgn tempurung sudah!




Sambil tggu oat masak jgn goyang kaki jer!potong buah2 yg Ade kat peti tu..sauk sekli kurma balance pose haritu







Ttp api..masuk dalam pinggan..sejuk sikit Baru tabur Buah ..segar2 barulah fresh Katanya..







Dah siap maka boleh on tibi Dan makanan dengan jayanya!Dan amalkan selalu..makanan dlu ya!




Sunday, 20 March 2016

Almost a year....life update

Assalamualaikum(wbt)

Membawa status baru dalam sebuah kehidupan..satu gelaran berat..seoramh isteri pada usia 23...
alhamdulilah akhirnya bersatu setelah hampir 6 tahun berkenalan..6 tahun memang cepat berlalu..
beberapa bulan lagi jer cukup 1 thn kami bergelar suami isteri...masa memang pantas berlalu...
terlupa pulak masih ade blog yang perlu diuruskan...

baru sedar dah jadi isteri ni memang banyak yang perlu diuruskan...sebelum ni nak menonggeng ke terlentang ke tak apa sebab solo..sekarang berdua..sekarang baru terasa betul2 serius nak aktif blogging...walaupon tak ramai followers..





sekarang aku dah cuba berjinak dengan bisnes..ye..tinggalkan kerja yang takkan pernah habis tu..sakit kepala dan stress...dengan segalanya..sekarang nak menikmati hidup sebagai isteri...bisnes woman..dengan harapan agar bisnes menjadi..so korang follow la page bawah ni kalau rasa nak beli kosmetik termurah ok

https://www.facebook.com/Asm-cosmetic-234429653560164/?ref=hl


Saturday, 23 May 2015

Al Fatihah..Izzat Muzakkir

Assalamualikum(wbt)

terkedu dan terkelu..itulah diibaratkan diri aku sekarang..tanpa sebarang tanda..sepupu yang tersayang terlah pergi mengadap Maha Pencipta pada 24 may 2015 lebih kurang pukul 5.30 pagi..

Izzat Muzakkir..seorang anak yang baik..bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Faris petra dan sedang menuntut di UPM..cepa mesra..masih ingat lagi kata-kata bapa saudara aku..ayah kepada Izzat,setiap kali balik ke rumah..mesti dia yang akan mengimamkan solat..merupakan anak sulung..dari 4 orang adik beradik

betullah kata orang,tugas berat dan saat yang paling sedih dalam kehidupan seorang bapa apabila terpaksa menangkat jenazah anak sendiri..tidak terlintas dia akan pergi secepat ini...anak kebangan keluarga..permata hati ayah dan umi..

ya allah(swt)kau tempatkan beliu bersama sama dengan penghuni-penghuni syurga..ya allah limpahkanlah rahmat ke atas rohnya..mari bersama-sama sedekahkan al fatihah kepada arwah Izzat Muzakkir..moga tenang di alam sana..

sama-sama kita ambil iktibar ke atas pemergian beliau..ianya satu tanda kebesaran Allah..walaupun muda..ajal tak pernah mengenal umur..walaupun sihat..kesihatan juga tidak mengenal mautnya..


assalamualaikum